Minggu Tak Sihat | Sakit Gigi dan Demam | Petua Kurangkan Sakit Gigi

3:30 PM


Minggu Tak Sihat | Sakit Gigi dan Demam | Petua Kurangkan Sakit Gigi

 
 
Assalamualaikum
 
Dah lama tak update tentang diri sendiri. Asyik dok review je kan pastu join giveaway atau contest.
 
Dari last week lagi dok sakit gigi tapi tak Nampak pon gigi berlubang. Ingatkan kekurangan air sebab saya kalau kurang minum air masak mulalah telinga bengkak gusi bengkak tapi still ok lagi.
Kawan-kawan cakap maybe kurang kalsium tu yang gusi bengkak. Dah minum susu banyak dah nak tambah kalsium dan keadaan dah ok balik tetiba hari Isnin malam tu sakit gigi yang amat sangat. Tak boleh tidur lansung sampai pagi.
 
Sementara nak pagi tu macam-macam petua saya cuba untuk kurangkan sakit gigi. Google sana sini dan ini antara petua yang saya cuba malam tu dengan benda yang ada di dapur :-

  • Air garam – yang ni entah berapa kali saya kumur pon taktau. Bila berkumur dengan air garam rasa kurang sikit sakit tu tapi tetap tak legakan kesakitan
  • Garam – letak sedikit garam pada gigi yang sakit. Ada rasa sikit kurang sakitnya
  • Bunga cengkih – gigit bunga cengkih dekat gigi yang sakit tu
  • Ais ketul – tuam di luar/pipi bahagian gigi yang sakit. Memang lega bila tuam
  • Gosok gigi – cuba gosok gigi sekerap yang boleh. Bila gosok gigi rasa sakit itu berkurang sedikit tapi sampai bila nak gosok gigi…huhuhu…

 

Banyak lagi petua yang ada tapi memandangkan ada antaranya tiada bahan-bahan kat dapur tu jadinya tak boleh nak cuba samada petua tu berkesan ke tak antaranya :-

  • Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang
  • Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang
  • Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam

 

Akhirnya esok pagi-pagi dah tercongok depan klinik gigi. Doktor siap tunjuk gigi mana yang berlubang dan keadaan gusi yang bengkak atas dan bawah. Gigi berlubang tu tak Nampak sangat sebab jadi di antara celah 2 gigi bukan berlubang di tengah gigi geraham. Disebabkan gusi bengkak doktor tak dapat nak buat apa-apa cuma bagi ubat tahan sakit dan antibiotik sampai bengkak surut.

Dan disebabkan sakit gigi tu membawak terus pakej demam sekali. Dah lama kot tak demam…huhuhu…nasi tak lalu nak makan tapi makanan lain ok ja….hahahaha…

You Might Also Like

5 apa kata anda?

  1. Kejadian masa demam tu yak cerita eak..membaham memacam2 pulak tu.kikiki

    ReplyDelete
  2. hahahaha makanan lain tu lalu je mkn even deman n sakit gigi dah tu haha

    ReplyDelete
  3. wah ! tak sihat, selera omputeh.. nanti dah tak bengkak, p klinik tau kak.. bahaya gigi berlubang ni.. nanti kuman merebakk.. Zaf ada sejarah macam mana dari gigi berlubang boleh masuk ICU then meninggal... tapi, bukan Zaf lah yang kena..

    ReplyDelete
  4. nasib p klinik awai kalau tak melarat.

    ReplyDelete
  5. "Gosok gigi – cuba gosok gigi sekerap yang boleh. Bila gosok gigi rasa sakit itu berkurang sedikit tapi sampai bila nak gosok gigi…huhuhu…"

    yang ini kira baca sambil gelak hihihihi

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^