Dim Sum Halal Kini Di The Light Hotel Seberang Jaya | Tempat Makan Best Di Penang

12:23 PM


Dim Sum Halal Kini Di The Light Hotel Seberang Jaya | Tempat Makan Best Di Penang


 

 

Dim Sum Halal Kini Di The Light Hotel Seberang Jaya | Tempat Makan Best Di Penang . Zaman sekarang rata-rata tak kira bangsa menikmati semua jenis makanan dari pelbagai kaum yang ada di Malaysia cumanya bagi orang Islam lebih mengutamakan makanan HALAL. Ha…kali ini saya nak memperkenalkan satu lagi tempat makan di mana kita boleh nikmati DIM SUM dari masyarakat Cina tapi HALAL. Ok…jom terjah The Light Hotel Seberang Jaya Pulau Pinang untuk menikmati dim sum halal yang hanya boleh didapati setiap hari Ahad dari jam 10.30 pagi hingga 2 petang. Ini kalau orang yang suka makan pagi lewat-lewat bolehlah sekali harung makan tengahari a.k.a BRUNCH yang cuma berharga RM48+.



 

Menu DIM SUM HALAL


 

Bertempat di Flavour@3 The Light Hotel Seberang Jaya Penang anda boleh nikmati dim sum halal ini yang menggabungkan konsep BUFFET dan ALA CARTE yang di masak oleh barisan chef yang berpengalaman.

 



Bagi dim sum ia dihidangkan secara ala carte. Cuma perlu pilih dan order, dan dim sum anda akan siap dalam tempoh 5 hingga 10 minit. Ini kerana pihak The Light Hotel mahu semua pelanggannya dapat menikmati dim sum yang masih segar dan ia juga dapat menjamin kualiti dim sum supaya kekal segar, lembut, rangup dan juicy.


Jom tengok dim sum yang kami order. Portionnya mengikut apa yang kita order.










Sementara menunggu dim sum yang anda order sampai, makan saja apa menu yang terhidang semuanya di dalam satu harga. Antara menu-menu buffet adalah :-


congee with condiments


fried rice, fried kway teow, garden green with oyster sauce and yang tau foo


salted egg yolk bun, bbq chicken bun, pandan kaya bun and black sesame bun


curry mee


kwai fa jelly, hot longan, dessert and assorted Malay kuih

herba jelly, ma lai gao, homemade yam cake and water chestnut cake


Sedap-sedapkan? Ini kali pertama saya menikmati dim sum dan memang semua sedap. Tekak Melayu saya masih boleh menerima makanan macam ni.




 

Jangan terlepas peluang untuk merasai dim sum halal yang segar dan sedap ini kerana promosi ini hanya berlansung hingga Disember nanti. Jadi cepat-cepat jangan lepas peluang anda.

Terima kasih pihak pengurusan The Light Hotel Seberang Jaya kerana sudi menjemput team #projekbloggerutara merasai sendiri dim sum halal yang terdapat di sana.



Korang bolehlah ke :-



Flavour@3 The Light Hotel Seberang Jaya Penang
Brunch Dim Sum halal
Setiap Hari Ahad 10.30 pagi-2.00petang
Harga: RM48nett
Telefon: +604-3821111




You Might Also Like

5 apa kata anda?

  1. Wooaahhh... Ni kalau singgah Penang boleh la pegi ni... sekarang jauh laa

    ReplyDelete
  2. harap2 dptlah merasa lagi sekali jom zai kita pi nak?

    ReplyDelete
  3. Warggghhh.... meleleh air liur nengok...
    Nak gi juga..

    ReplyDelete
  4. sedappppp sgt !! rsa mcm nk p mkn lg dim sum dgn mee kari 😋

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaaa always my fev dim sum ni hihihihi

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^