Jalan-jalan | Bila Mak-Mak Escape Ke Kuala Kedah
9:06 AMBila Mak-Mak Escape Ke Kuala Kedah
Jumaat sebelum Hari Raya Aidiladha dok bercadang-cadang nak lunch kat Restoran Ikan Sembilang, Permatang Damar Laut tapi tup tup lain plak jadinya.
Memula tu saya macam tak dapat nak join bila tetiba bos ajak turun tengok mesin baru nak kena training. Frust gak la. Tup tup depa arrange pi hari Selasa lepas raya.....Alhamdulillah...lega. Bersedia nak angkat beg kawan-kawan dok IM suruh ambik halfday nak reronda sekali naha....tala sampai Kuala Kedah. Dah pi Kola Kedah kena la cakap Utara bagi sempoi sikit....hahahaha....
Apalagi....saya selaku dreba pada hari kejadian tersebut perderaih qeta nak bagi sampai dan balik ngam-ngam cun-cun ja. Takmau sangkut dalam jem kekdahnya.
Perderaih punya perderaih sampailah kami kat Kola Kedah teruih pi pekena gulai ikan termenung sedap. Masa sampai tu kedai lagi sikit nak katup...Alhamdulillah sempat...hahahaha....
Perut tengah lapaq kruk krak kruk krak bila pekena gulai ikan termenung fresh...ikan goreng panas-panas yang maneh rasa ikan dia...nasi panaih-panaih cicah plak ulam dengan sambai belacan....perrrghhhh...2 pinggan saya balun hari tu....kah...kah...kah...siap order tambah lagi 5 ekor ikan goreng. Tu nak habaq kata sedap tak sangga dah la tu....hihihi...
![]() |
menu simple |
Kalau ampa pi sana, nindia tempat dia...boleh singgah makan tapi jangan dok harap macam dok makan restoran mahai-mahai na... Ni gerai biasa-biasa tapi masakan dia sedap baq hang. Harga pon murah. Chef Jo pon pi makan kat situ tau. Tak caya...pi riki IG Chef Jo.
Gerai Kak Yang Gulai Panas Ikan Termenung Ori
Waktu Operasi :-
Setiap hari - 8 pagi hingga 2.30 petang
Untuk pertanyaan :
013-4536621/013-9654665
Dah kenyang baru la ada mood nak posing sakan. Jom la terjah Muzium Kota Kuala Kedah. Kena plak time tu panaih lit lit...awan membiru ja....sempoi baq hang tengok permandangan dia.
Sebenaqnya dah lama dok tengok orang dok post gambaq depa dok posing kat sini. Macam cantik plak tengok dengan batu bata merah tu kan so nak jugak la bergambaq.
Nah seketoi gambaq kami berlima mak-mak yang escape dari tempat keja mai sini....ahahahaha....jadi reja sunggoh. Map Muzium Kota Kuala Kedah ni boleh tengok kat atas tu. Tak jauh mana aih.
Walaupon panaih lit lit sanggup pi bergambaq kat tepi muara sungai. Ada lagi gambaq gila-gila tapi takyah la...satgi glemer plak kawan-kawan kami....bahahahaha...kami sorang glemer takpa.
![]() |
walaupon panas...ku tahan juga jebattttttttttttttttttttt |
Balik dari situ singgah pi beli pulut sambai a.k.a pulut serunding ni kat tepi jalan selepas Jeti Kuala Kedah. Sedap sangat tapi kami makan satu je la. Tadi dah balun nasi 2 pinggan dah. Kalau kami balun ni banyak-banyak mau qeta tu jalan sendiri satgi.
Kalau ampa nak beli boleh cari kat akak yang juai guna keta tolak roda tiga tu. Macam-macam kuih ada. Sedap-sedap semuanya.
Phewww...menjadi gak escape kami hari tu. Next...depa dok plan nak pi Tepeng plak dah. Kita tunggu dan lihat je la ya.
8 apa kata anda?
tu dia..menjadi sungguh hgpa ni noo...
ReplyDeletesinggah pagi jumaat...
ReplyDeletekira okey la...seronok kalau pergi ramai² cmtu... :)
x pernah lagi cuba pulut nga seruding
ReplyDeleteSakannya berposing..
ReplyDeleteLAwa2 pula tu..
p/s: berkecur ayak liuq tengok gambaq 1st tu.. Sambai belacan lagi... :D
sakan aihh p terjah makan2 sampai kuala kedah
ReplyDeletepulut sambai tu fav!
ReplyDeletedekat sgt dengan rumah kira tu
ReplyDeletesedap nampak pulut sambal tu
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^