Langkawi Short Vacation | 4th Anniversary Getaway Part 1 || Langkawi Wildlife Park & Laksa Kaw Ikan Sekoq

3:28 PM

Langkawi Short Vacation | 4th Anniversary Getaway Part 1



Fuh...tajuk....acah-acah percutian romantis tapi idok pon. Susah benau abah Aqil nak pi bercuti. Asik kerja...kerja...kerja. Ater....cuti tiap hari Selasa ja tiap minggu. Cuti-cuti lain selalunya ambik time raya puasa dan raya haji ja. Dapat orang rajin kerja sangat pon susah. Kalau dapat hat malas kerja lagi la susah.

Entri ni panjang nau-nau. Bertabahlah membaca percutian ala kadar kami ni :)

Tips percutian bersama anak kecil

Sebelum cerita lebih lanjut lagi nak bagi tips percutian bersama anak kecil sikit. Kang ada plak pertikai bila baca entri ni. Ada ja benda tak kenakan so nah tips percutian bersama anak kecil.

1-Sabar...sabar...sabar....
Macam kawan saya Riena Yusuf cakap...bawak banyak-banyak sabar tu pi bercuti...Insyaallah...mana-mana pon ok. Masa baca tu memang rasa lawak tapi itu memang kenyataan. Kalau tak sabar memang apa pon tak jadi. Mana nak layan karenah anak yang banyak songeh...mana nak layan penat diri ni...keadaan sekeliling lagi so tips utama dia bawak banyak-banyak bersabar.

2- Kenali anak anda
Dua kali bercuti dengan Aqil sendirian. Memula pi Hatyai tapi cerita Hatyai tak tertulis pon dalam blog. Tah save kat mana tah gambarnya....hahahaha...Aqil jenis tak boleh tunggu lama-lama. Dia akan mula buat perangai dan bebai. Fuh...masa ni saya pon turut bebai sama dengan dia. Bayangkan 3 jam berdukung budak 20 kilo(masa bulan Febuari) masa kat imigresen nak masuk Siam. Dia takmau berdiri lansung. Stroller bawa tapi tak sangka dia nak buat perangai sampai macam tu.

Kali kedua bercuti ke Kolumpo, dia boleh guling-guling atas lantai nak naik 'ketapi' dan takmau turun dari LRT. Nak duduk dalam LRT ja. Jenuh mak ni melayan.

Kalau anak jenis suka makan kau bagi dia makan kenyang-kenyang atau banyakkan pits stop untuk makan....hahahaha....hat ni memang senang sikit nak bela.

3- Kenali minat anak anda
Kalau dia jenis minat binatang...selit-selit percutian anda melawat zoo baru la dia tak boring. Kalau dia suka kenderaan seperti kapal, keretapi...bagi anak anda rasai pengalaman menaiki kapal atau keretapi. Kalau anak suka mandi laut atau kolam jadi bawalah dia ke sana. Memang tu percutian kita tapi kita yang dewasa ni macam mana pon ok kan...janji anak tak buat perangai...hihihi...

4- Bawa stroller
Untuk yang kena berjalan jauh dari satu tempat ke satu tempat bawalah stroller yang ringan dan senang di bawa. Kadang tu budak-budak sampai satu tahap dia jadi malas berjalan. Kang tak memasal plak kau berdukung anak yang berat 20 kilo berejam-jam. Mula la mak pak pon stress.

------------------------------------------------------------

Asalnya plan nak bercuti masa tarikh anniversary. Dah booking segala dah tapi pak dia plak ubah tarikh. Injakkan awal dari tu so tak memasal rombak balik semua dan hotel yang kami booking mengadap laut Pantai Cenang pon tak available tarikh baru tu. Punah harapan segala nak romantis tetengah malam kat tepi pantai...huhuhu...

Naik Komuter dari Butterworth ke Arau


14 Ogos 2016- 5.15 pagi kami dah terpacak kat KTM Butterworth. Nak bawak Aqil naik Komuter. Dia kalau kata naik ketapi segar bugar terus. Bayangkan dia tak tidur sepanjang perjalanan dari Butterworth ke Arau. Siap menari tiang kat dalam komuter dan berlari sana-sini. Orang pon tak ramai time tu. Kereta kami park kat KTM Butterworth. Harga 3 hari 14hb hingga 16hb kami bayar untuk parking RM36.


excited naik komuter


Harga tiket komuter Butterworth-Arau RM9.50 untuk seorang dewasa. Untuk Aqil masih free lagi. Perjalan ambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit. Sampai di Arau kami ambil teksi ke Kuala Perlis. Perkhidmatan bas pon ada tapi malas nak heret beg yang besar tu so naik teksi je la. Sampai jeti Kuala Perlis lebih kurang pukul 7.40 pagi. Arau dan Kuala Perlis lebih kurang 20 minit perjalanan.

Feri Kuala Perlis---Langkawi dan kereta sewa


Sampai jeti Kuala Perlis terus beli tiket ke Langkawi. Harga seorang dewasa RM18 kanak-kanak 3 hingga 12 tahun RM13 seorang untuk sehala. Boleh beli tiket feri ke Langkawi secara online di sini. Kami main aci redah ja hari tu...hihihi... Perjalanan hari tu mengambil masa dekat 2 jam juga la. Mungkin ombak tengah kuat agaknya. Memula tu Aqil sibuk dok Tanya itu ini. Excited terlebih dapat naik bot. Layankan aja...pastu tengok-tengok diam. Rupa-rupanya dah lena dah pon. Phewww...lega sangat. Mak pak pon boleh lena sekali la....hahahaha....



excited dok tunjuk bot-bot yang dok ada kat jeti


Owner kereta sewa pepagi dah wasap kata kereta dah ada kat jeti Langkawi. Kami ambil Axia memandangkan kami pon bertiga ja so kereta kecil amat-amat sesuai. Kereta baru lagi. Tetiba hari tu bawak keta auto...bahagia rasanya...hahaha...Boleh whatsapp/mesej/call owner di talian 01112522433 kalau nak sewa kereta kat Langkawi nanti ya. Servis terbaik.


Langkawi Wildlife Park


Memandangkan sampai awal baru pukul 10 pagi macam tu so terpaksa rombak balik plan yang dibuat. Lepas ja makan pagi ala kadar kami ke Langkawi Wildlife Park. Aqil pon dah lena dah tadi...makan pon kenyang so dia boleh jalan-jalan dengan hati riang...ewah... Harga masuk untuk dewasa RM24.00 dan kanak-kanak 3 hingga 12 tahun RM16. Boleh juga beli tiket secara online kerana harganya sedikit murah di SINI.


Boleh kata semua zon yang ada dalam Langkawi Wildlife Park ni Aqil suka. Itu yang membuatkan kami bertapa lama dalam tu.




suka sangat tengok gelagat dia

Lagipon kami nak habeskan masa sebelum check in pukul 3 petang. Suka betul Aqil hari tu. Cergas macam dia cukup tidur. Kat sini macam-macam Aqil boleh tengok. Eh...kami mak pak pon ada yang pastime tengok binatang yang ada ni...hahaha...



dengan sang kancil dan burung undan

Ada juga gambar bertiga almaklum la pak dia ni susah nak senyum dan bergambar macam mak dia yang kaki selpie...hahaha...





abaikan muka yang serabai...hahaha...



Banyak aktiviti sebenarnya ada dalam Langkawi Wildlife Park tapi kami pi tak kena masa so takde la aktiviti yang kami buat selain bagi makan arnab...hihihi... Kalau tak boleh ja naik keldai, bagi makan buaya dan burung unta dan banyak lagi.

Kalau ampa nak bawa anak pi masa melancong ke Langkawi nanti boleh la ke :-
Langkawi Wildlife Park,
Lot 1485, Jalan Ayer Hangat,
Kampung Belanga Pecah,
07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.

Dah penat berjalan dan lapar mohler kita jalan-jalan cari makan pulak. Makan pagi ja tadikan so nak pekena la laksa ikan sekoq yang depa kata sedap sangat tu. Let's terjah.

Laksa Kaw Ikan Sekoq Tip Top Langkawi


Dah alang-alang nak ke Pantai Cenang jadi singgah la makan Laksa Kaw Ikan Sekoq Tip Top Langkawi tepi airport. Masa kami pi tu dalam pukul 2 petang. Customer tak ramai mungkin pi hari bekerja orang Kedah sama lagipon bukan time cuti sekolah.

Konsep layan diri. Pilih la apa menu yang ampa mau. Nak makan laksa ka...bihun sup ka...pasemboq...pilih saja.

Saya ambik bihun sup. Kalau ampa suka bihun manis-manis yang ni memang kena dengan tekak ampa. Saya tak boleh nak letak cabai banyak-banyak sebab syer dengan Aqil. Pak dia ambik laksa ikan sekoq. Tengok makan laju dan licin tu kiranya memang sedap la tu. Request tambah laksa la plak. Pak dia hantu laksa tapi kalau kuah dia tak kena dengan tekak memang takkan habis tapi yang ni licin...kira terbaik la tu kan.



Ampa pi kat pantai airport dan tengok banner kaler merah kuning....ha tudia la Laksa Kaw Ikan Sekoq Tip Top Langkawi. Kat sana banyak gerai tapi pilih hat banner kaler merah kuning ni tau. Boleh makan sambil-sambil layan angina pantai yang kuat. Senang ja nak pi sana. Takkan sesat punya.

Dah penat dan kenyang...jom la check-in bilik...hahaha....nak rest sat sebelum ke pantai. Opsss...nanti kami sambung part 2 plak na. Tunggu tau...muuuuah...

You Might Also Like

9 apa kata anda?

  1. Teringat masa honeymoon kat Langkawi.. :)

    ReplyDelete
  2. alaaa bestnyaaaaa jue ni nama jer org kedah.. tak pernah pusing langkawi pun tau.. pernah g sekali itu pun kursus.. wakakak.. mau kalo pergi lagi ni siap pinggan mangkuk corelle jue angkut beli nihh

    ReplyDelete
  3. Anak jenis suka mkn senang la. Anak saya jenis x suka mkn. Klu time bercuti lg la susah. Keja nk mkn keropok ja. Nasi xmau. Jenuh kmi nk ugut kata nk tinggal dia. Tu pn mkn 2 3 suap ja. Tp alhamdulillah, dia cergas wlpn x lalu mkn.

    ReplyDelete
  4. Teringin nyer nak repeat ke langkawi bwk ijat.
    tapi tu la lom ada slot masa lah, zai.
    wow! Itu laksa ikan sekoq!!!
    sedap weh! :-)

    ReplyDelete
  5. mana entri p hatyai? nk baca gak. heheh. kena sabaq dgn aqil. bebai bkn main dlm bas

    ReplyDelete
  6. bestnyaaa langkawi..bihun sup tu...terliur laa...

    ReplyDelete
  7. mcm best je langkawi hahaha adehhh berat tul nak pi sana

    ReplyDelete
  8. Syoknya.. bila nk sampai ke sana agaknya..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^