Cerita Penutup Jamuan Raya 2016

4:40 PM

 Cerita Penutup Jamuan Raya 2016



Dah hujung-hujung Syawal barulah berkesempatan nak buat makan-makan dengan kawan-kawan. Ini cerita jamuan raya kecil-kecilan.


Potluck with FDR members- 20 years friendship


Selepas di bincang dalam wasap group akhir kami ambil kata putus buat hari Ahad 31 Julai 2016. Konsepnya potluck. Kalau rajin masak silalah masak. Tapi saya beberapa hari sebelum hari kejadian dah tarik diri disebabkan Aqil deman, batuk dan selsema pakej siap muntah yang ON OFF. Jadinya boleh jeles jela bila tengok depa dok bincang.

Malam sebelum kejadian Aqil muntah-muntah dan saya dah tergolek akibat terpijak muntah Aqil depan bilik air. Ini kes kalut-kalut nak bawa kain selimut cadar yang terkena muntah dia tapi jalan tak pandang bawah.

Pagi hari kejadian saya dok tertunggu-tunggu tukang urut nak dating rumah berurut tapi tak kunjung tiba sehingga ke petang. Naseb la ada yang sudi ambik saya ke majlis ni. Kalau tak memang tak sampai sana la. Sakit pinggang oiiii...


Inilah muka muda remaja kami...ahak...
Tak cukup korum lagi seorang. Cikgu mengajar kat Kedah jadi tak dapat la nak dating potluck ni.
 

Tetiba majlis potluck jamuan raya bertukar ke majlis hari jadi. Kebetulan sungguh tarikh tu adalah besday asben kawan merangkap kawan sekolah kami terus sambut sekali.
 

Kek persahabatan pun bertukar menjadi kek hari jadi.
 

Alhamdulillah...persahabatan kami selama 20 tahun ni masih kekal akrab dan utuh walau masing-masing sudah ada kehidupan sendiri. Diharap persahabatan ini kekal sampai bila-bila.




Potluck with member kerja - Geng Suka-suka



Isnin - Tahun ni lepas masuk department baru saya dah tak buat jamuan raya untuk department dah. Eh...saya sorang ja Melayu kat situ...jenuh la nak buat semua plus malas...hahahaha...

Pastu member kerja ajak buat potluck raya so terus setuju. Kami dari department yang berlainan bincang melalui Skype je dan tak jemput ramai join makan-makan ni. Inipon ada yang sentap sebab kami tak ajak. Bukan taknak ajak tapi bila ajak sorang nanti berangkai-rangkai dengan orang lain. Sorang kena fikir satu menu jadi bila ramai-ramai dah banyak menu dan inilah menu kami semalam.

 
 
 

Gila banyak benda makan. Yang nak makan cuma 10 orang ja...hahahaha...jenuh mengah.

Memula nak booking bilik meeting makan-makan kat dalam tu sekali bilik meeting penuh plak jam 11.30 pagi jadi ambil keputusan makan-makan di kantin je la.
 
 
 

Dah hidang start makan baru kawan admin kita cakap dah booking bilik meeting pukul 12 sampai 2 petang. Malas nak punggah terus makan-makan saja kat kantin. Lepas makan semua pakat layu kekenyangan. Berat mata nak lena. Bilik meeting dah booking so apalagi terus pakat-pakat melena kat situ...hahahaha....


You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. seronoknya dapat makan mcm2 sabo je lah ahaha

    ReplyDelete
  2. Best rasanya dapat berkumpul bersama kawan-kawan..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^