BON APPETIT Mediterranean Cuisine di The Light Hotel Seberang Jaya | Tempat Makan Best dan Sedap

10:55 AM

BON APPETIT Mediterranean Cuisine di The Light Hotel Seberang Jaya | Tempat Makan Best dan Sedap




Bagi penggemar hidangan sihat dari negara di Mediterranean, anda tidak perlu bersusah payah ke sana lagi untuk menikmati hidangannya kerana The Light Hotel Seberang Jaya kini mengadakan promosi untuk Mediterranean Causine dari negara-negara Eropah, Afrika Utara dan Timur Tengah seperti Greece, Italy, Spain, Algeria, Libya, Lebanon, Syria dan Turkey.




Menarikkan?





Masakan Mediterranean halal kini makin mendapat tempat bagi penggemarnya di Malaysia dan ia membuatkan pihak The Light Hotel turut sama mempromosikan hidangan Mediterranean Causine dengan pelbagai pilihan yang menarik.












Mediterranean Cuisine adalah hidangan sihat kerana ia di masak menggunakan bahan-bahan segar dan yang membuatkan ia bertambah sedap apabila dimasak dengan menggunakan rempah ratus dan herba yang asli.






Pihak The Light Hotel menyediakan 'diners on-the-go' bagi mereka yang sibuk dan tidak mempunyai masa untuk makan. Anda boleh memilih samaada SALAD/DESERT/MAIN COURSE BUFFET(ala carte).










Dengan harga RM48++ anda boleh makan MAIN COURSE Mediterranean Cuisine sebanyak mana yang anda mahu. Lamb Casserole with Apricots and Herb Couscous memang sangat sedap. Dagingnya sangat lembut dan tak pedas. Nasinya pon lembut sedap. Makan begitu saja tanpa lauk dan kuah pon dah sedap.





Bagi yang mementingkan kesihatan dan sedang berdiet anda boleh memilih set SALAD dengan hanya RM28++
Anda boleh makan kesemua di bawah yang dihidangkan segar dengan sos yang terbaik.






Anda akan dihidangkan dengan minted peas, beans and rice salad, roasted vegetable salad, seafood fennal salad with citrus fruit and lemon dressing, mini pizza dan banyak lagi.








Semuanya SEDAP SEGAR dan BEST. Tak rugi anda mencubanya dengan hanya RM28++





Bagi yang menggemari manisan dari Mediterranean anda boleh mencuma set DESERT hanya dengan RM20++




Heaven sungguh desert Mediterranean Cuisine di The Light Hotel Seberang Jaya. Ada black forest, pineapple upside down, walnut pecan tart pavlova dan banyak lagi.





Banyak pilihan yang menarik dan sedap-sedap belaka. Murah plak tu.





Antara seleksi salad yang saya cuba. Memang sedap.




Chef Sudirman Wan Mansor adalah orang kuat disebalik menu-menu hebat Mediterranean Cuisine Di The Light Hotel Seberang Jaya. Beliau mempunyai kepakaran dalam masakan Mediterranean yang memperolehi latihan dari Institute Regional De Tourism Et D'Hotellerie, Tarbes, France sebagai Brevet d'etudes Profesionalles (B.E.P) dan Certificate d'aptitude Professionelle (C.A.P).


Chef Sudirman Wan Mansor menceritakan pengalaman beliau sepanjang berada di negara Perancis seawal umurnya 19 tahun yang tinggal dan belajar dalam bidang Culnary ini dan negara-negara yang lain. Kejayaan yang paling tinggi beliau perolehi ialah dianugerahkan sebagai Certified Master Chef oleh The World Master Chef's Society.




Bagi yang ingin merasai sendiri keenakkan Mediterranean Cuisine bolehlah datang menjamu selera di Flavour@3, Level 3
THE LIGHT HOTEL (M) SDN BHD
Lebuh Tenggiri 2, Bandar Seberang Jaya,
13700 Seberang Jaya, Penang, Malaysia.


Telefon: +604-3821111



Mulai 15 Ogos hingga 30 September 2016 pihak The Light Hotel telah mengadakan promosi bagi Mediterranean Cuisine.


Promosi Mediterranean Cuisine
 Set Lunch (Mon-Sat) RM78 per person
Ala Carte per person (Salad RM28 + Dessert RM20 + Main course RM48+)
Set Dinner RM98 per person






You Might Also Like

6 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^