Nikmati lebih 300 jenis hidangan di buffet Ramadan Park Avenue Hotel Sungai Petani

3:47 PM

Nikmati lebih 300 jenis hidangan di buffet Ramadan Park Avenue Hotel Sungai Petani



Alhamdulillah...diberi kesempatan untuk berbuka puasa bersama family kecil saya di Park Avenue Hotel Sungai Petani hari Rabu lepas. Ini pertama kali saya berbuka puasa di Park Avenue Hotel Sungai Petani. Katanya Park Avenue Hotel menyediakan lebih 300 jenis hidangan buffet Ramadan kali ini. Kot-kot kalau ada urusan di kawasan Sungai Petani atau nak belanja family berbuka di luar boleh la datang berbuka di Park Avenue Hotel.

Yang terujanya bila sampai di hadapan lobi Park Avenue Hotel Sungai Petani bila ternampak banyak kiosk makanan di luar pintu masuk. Terus terpandang kambing golek dan barisan nasi arab yang sedap dan lazat.




Di bahagian kiri luar pintu masuk lobi ada kiosk otak-otak, tandoori, ikan bakar pelbagai jenis dan juga ayam golek. Semuanya di masak secara live di situ.



Di bahagian kanan pintu masuk lobi pulak terdapat deretan kiosk seperti rojak, shawarma, roti jala, roti bakar, udang goreng panas-panas dan juga kiosk char koay tiaw. Bagi yang suka berbuka di tempat terbuka pihak Park Avenue Hotel ada menyediakan meja di luar berdekatan deretan kiosk-kiosk tersebut.
 

Masuk ja ke lobi Park Avenue Hotel Sungai Petani terpandang deretan makanan di serata tempat. Ronda dan pilih saja apa yang berkenan.

Ada kiosk nasi ayam. Ini memang laku keras dikalangan kanak-kanak ketika berbuka di sana.



Antara menu hidangan buffet untuk nasi.





Gulai nangka, udang , ikan pari dan lala masak lemak.


Udang masala, kari bawal



Seleksi ulam-ulaman dan sambal serta jeruk, rojak dan pecal. Terdapat juga lemang dan ketupat serta deretan seleksi kerabu yang sedap.


Bagi yang suka makan nasi dengan sup pihak Park Avenue Hotel Sungai Petani telah menyediakan 3 jenis sup. Ada sup cendawan tiram, sup daging kampung dan sup ayam ala mamak.



Tak ketinggalan 3 beradik mee ini juga turut beraksi. Laksa tu suami saya cakap sedap sangat.

mee kuah, laksa dan bihun sup

Bagi penggemar masakan barat anda tak perlu risau. Ada kiosk Italian pasta dan juga fish and chip.
Dua-dua saya ambil. Fish and chip habis Aqil makan untuk dia sorang.



Penggemar roti john tak perlu risau, buffet Ramadan Park Avenue Hotel turut menyediakan roti john yang sedap.


Popiah basah turut dihidangkan di sana.


Teringin nak makan yong tau foo? Ada puluhan jenis rencah yong tau foo anda boleh pilih.


Semua kat atas pedas-pedas ja mana yang manis-manis?
Nindia....apom balik panas-panas, pisang goreng dan keledek goreng dok ada.


Ada pelbagai deretan kuih-kuih lama serta baru juga buahan-buahan.

Bagi penggemar ABC ada puluhan jenis pelengkap ABC dok ada kat sini. Pilih saja mana yang bekenan.






Ni ABC tapi dah nampak macam ABC sampai Z dah ni. Puluhan jenis dok ada.


Mak ayah kita mesti suka bahagian ni. Pelbagai seleksi bubur yang terdapat di buffet Ramadan Park Avenue Hotel Sungai Petani. Yang ni antara bubur yang sempat di ambil. Bubur lambuk turut tersedia tau. Semua sedap-sedap.



Dah makan-makan takkan takda air nak minum? Korang pilih saja air apa yang nak. Sirap...oren...limau nipis...jagung...soya...bandung...air kosong...teh tarik...kopi...semua ada. Dah macam meniaga plak dok pi ceduk air sendiri kat sana...hihihi...




Ketika berbuka puasa kita dihidangkan dengan persembahan ghazal oleh S.M Ahmad, Dores dan Zatul Mentor 6. Sedap alunan muziknya.
 


Bagi yang berminat :-

Waktu Buffet Ramadhan
 7 Jun - 4 Julai 2016
7.00pm - 10.00pm


Harga Voucher
RM 70+ Dewasa
 RM 49+ Kanak-kanak

Walk-in
RM 75+ Dewasa
RM53+ Kanak-kanak





Untuk Tempahan
  Email:
general@parkavenue.com.my
Tel : 04-431 7777




Terima kasih yang tak terhingga buat Park Avenue Hotel kerana menjemput kami sekeluarga serta team Projek Blogger Utara berbuka puasa di sana.




team PBU dengan blogger jemputan


You Might Also Like

5 apa kata anda?

  1. Best nyeeee...semua lauk nampak sodap..huhu

    ReplyDelete
  2. dr bukak puasa dok buat entri ni.. hahaha
    meleleh tgk makanan

    ReplyDelete
  3. banyaknyaaaaaaaa....alhamdulillah rezeki kan..
    tapi tulah,, buka puasa bukan makan banyak..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^