Sepetang Bersama Blogger 2016 Yang Hebat
2:32 PMSepetang Bersama Blogger 2016 Yang Hebat
Sepetang Bersama Blogger 2016 kembali lagi untuk tahun yang ke-5. Majlis yang dianjurkan oleh +Denaihati Network ini telah mengumpulkan ramai blogger dan juga pengamal media sosial.
Ini adalah kali pertama saya join #SBB2016 yang mewakili team @projek blogger utara. Rasa neves tu memang tak terkata hebatnya sehingga menjelang hari #SBB2016 diadakan.
![]() |
sebahagian team Projek Blogger Utara |
#SBB2016 kali ini diadakan pada 16 April 2016 yang lalu bertempat di Grand Cambell Hotel Kuala Lumpur.
Sepetang Bersama Blogger 2016
Pertama kali join majlis seumpama ini saya merasakan Sepetang Bersama Blogger 2016 memang sempoi dan best. Di samping dapat berjumpa sahabat blogger yang selama ini kita kenal di alam maya (FB,IG, blog) saya juga berpeluang menambah kenalan baru. Selain itu Sepetang Bersama Blogger 2016 juga merupakan medan/tempat menuntut ilmu.
Medan Menuntut Ilmu
Di #SBB2016 lepas ramai speaker-speaker hebat yang ditampilkan oleh pihak +Denaihati Network bagi berkongsi tips dan ilmu tentang dunia keusahawanan dan dunia online. Antara speaker-speakernya adalah :-
- Hasrul Hassan (blogger hebat teknik SEO)
- Abang Ensem ( icon hartanah)
- Aqif Azizan (copy writer)
- Cikgu Hanapiah (FB Ads)
- Ismail Che Ani (jutawan online)
- Adi Putra (pelakon dan businessman Berjaya)
Boleh Jumpa Blogger Hebat
Tak rugi join #SBB2016 ni. Saya kan kat Utara, nak jumpa blogger femes amos hebat memang susah la. Bila sesekali join majlis macam ni boleh la jumpa. Tengok...dah terjumpa blogger femes +Mek Onie . Rasanya 2 tahun jugak la tak jumpa Mek Onie selepas jumpa di majlis perkahwinan founder @Kami Blogger Utara , Puan GKSB.
![]() |
Dengan Kiddo |
![]() |
Dengan Tuan Haji Amir dan Bro Framestone |
Goodie Beg dan Hadiah Cabutan Bertuah Dari Sponser Yang Hebat-Hebat
Sebelum tengok hadiah cabutan bertuah meh nak tunjuk goodie bag dari sponser hebat #SBB2016.
Dasat tak? Kau bayar RM30 untuk pendaftaran boleh dapat semua ni? Hebat...hebat....
![]() |
berbaloikan? |
Bab hadiah cabutan bertuah ni memang sesiapa pon akan aim satu. Betul tak? Betul tak? Baik ngaku cepat memang aim hadiah TV 32'' tu gakkan...hihihi....
Mana taknya hadiah-hadiahnya semua gempak dan hebat. Saya aim hadiah paling biasa-biasa pon hamper je la dan yang paling gempak dah semestinya pakej menunaikan umrah tapi berat plak nama saya nak naik hari tu. Doa tak cukup panjang kot Subuh tu...hihihi...tu yang takda rezeki.
Jelezzzznya depa menang hadiah.
Booth Penaja Hebat
Ada dua tiga penaja yang membuka booth pada Majlis Sepetang Bersama Blogger 2016. Antara yang membuka booth di #SBB2016 adalah EPHYRA, ZEETA dan +Kotak Lensa .
Meriah sesangat kat booth ni. Untuk produk EPHYRA dan ZEETA ada diskaun yang hebat untuk semua yang hadir pada hari tu. Siap duit dalam poket ja.
Sempat la grap seketul sabun EPHYRA dan sebotol serum mawar anti aging. Poket tak lebat hari tu. Lagipon simpan habuan nak ke satu tempat tu...hihihihi...
Kalau di booth +Kotak Lensa plak tak penah lekang dengan orang. Penuh sentiasa. Ha...tengok la sini. Macam-macam aksi dok ada...hihihi....
Terima Kasih Para Penaja Hebat #SBB2016
Untuk majlis yang sebegini hebat dah semestinya perlu ada team yang hebat untuk menjayakannya. Terima kasih team +Denaihati Network kerana menjayakan majlis Sepetang Bersama Blogger 2016.
Dan terima kasih juga pada para penaja yang hebat antaranya ialah :-
- Richworks Academy
- Oceanlife2u
Lain tahun kalau ada lagi majlis seumpama ini saya memang takkan lepaskan peluang lagi. Wajib pergi.
Gambar kredit to Enchik Google.
Hihihi...kebanyakkan cilok dari situ.Ampunkan saya ye ^._
6 apa kata anda?
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebest kan zai.. harap ada lagi laa majlis sebegini di tahun akan datang.
ReplyDeletehaaaa.. kita jeles.. move on la cepat.. huhuhu
ReplyDeletewalaupun penat tapi best!!! part paling best of coz la ke ikea kannnnn..hahaha
ReplyDeleteuolls dtg sekali ekk?
ReplyDeleteterbaik...
semangat berkobar-kobar semuanya...
Untungnya.dapat join bila ada peluang nak.join.benda gini
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^