Tertawan Dengan Kesedapan Chocolate Hazelnut Caramel di Wood Classic Coffee

4:55 PM



Fenomena air Thai mix coffee macam kat sempadan Siam tu dah merebak ke seluruh negara kita.Macam-macam jenama ada sampai tak tau nak beli yang mana satu.

Iskh...takkan tak tau lagi kot...air the macam kat sempadan Siam tu la.
Yang SEDAP PEKAT LAZAT tu....nyummmm...nyummm....


Bulan lepas ronda kat jalan belakang area Taman Sutera Prima Seberang Jaya nak cari makan petang sekali ternampak satu kedai ni.Lain dari yang lain.Dah agak lama gak tak lalu jalan belakang tu.Tetiba hari tu baru perasan ada satu kedai ni ja yang ada dinding.Yang lelainnya gerai makan tepi jalan biasa-biasa ja.Sesuai la dengan namanya WOOD CLASSIC COFFEE.




Tengok menu airnya....hmmm....taktau nak pilih apa jadi saya pilih GREEN TEA untuk percubaan pertama.





Sebab fikir nak murah saya ambik zip lock berbanding cup....hihihi....lagipon nak Nampak lain sikit.





Kat WOOD CLASSIC COFFEE korang boleh pilih sama ada nak ziplock atau cup besar macam kebanyakkan peniaga-peniaga lain jual.










Lagipon air yang di isi dalam zip lock beg berbeza harganya dengan yang di isi dalam cup.Jadi pilihan di tangan anda.





Bila tengok STRAWBERRY CHOCOLATE ni terasa nak cuba nanti.




Kali ke-2 cuba try Chocolate Hazelnut Caramel plak.Tengok masa tengah buat pon dah nampak sedap.Sekali sedut....emmmmm....tak terkata kesedapannya.Sedap sangat.




Dengan setiap pembelian 1 big cup minuman di WOOD CLASSIC COFFEE anda akan mendapat business card yang terhad ini.Penuhkan ruangan kotak di belakang kad tersebut dengan setiap pembelian 1 big cup minuman akan menerima 1 cop.Setelah penuh cop pelanggan akan menerima satu air minuman bersaiz besar secara percuma mengikut citarasa sendiri.



Teruja nak rasa minuman dari WOOD CLASSIC COFFEE?
Nak tahu aktiviti,promosi atau waktu WOOD CLASSIC COFFEE beroperasi?
Sila terjah Instagram dan Facebook seperti di bawah.




Nak rasai sendiri kesedapan minumannya?
Senang saja.
WOOD CLASSIC COFFEE berada di Taman Sutera Prima Seberang Jaya berhampiran pintu belakang UiTM Permatang Pauh.




Sudi-sudikan la terjah dan support orang kita berniaga ye.


You Might Also Like

8 apa kata anda?

  1. kami order dulu sblm p. kluaq2 terus ambik. senang banget.

    ReplyDelete
  2. hmm...dapnya abam aqil minum ye...terliur laa

    ReplyDelete
  3. Sekarang mmg pemes yer minuman cenggini ala ala Starbuck gitu. Gerai pun nampak hipsterlah Zai hihi...

    ReplyDelete
  4. wow. kedai nyer pun cantik :) menarik sgt!

    ReplyDelete
  5. sedapnya uwaaaaaaaaaaa terliur dah ni aqil

    ReplyDelete
  6. ok nanti boleh cari nak cuba pulak hihihihi. tapi kan kak zai teh ais sempadan memang mabeles kan. buat masa ni apa air pun tak boleh setanding air dorg. padahal beli dekat wang kelian je punnnn. tapi wang kelian takut nak pegi lani >.<

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^