Char Koay Teow Ketam Lembut di Original Tok Hery Char Koay Teow Kulim

4:41 PM

Char Koay Teow Ketam Lembut di Original Tok Hery Char Koay Teow Kulim



Sebut saja CHAR KOAY TEOW mesti ramai yang terbayang-bayang kesedapan char koay teow di Utara tanah air.Ramai yang datang ke Utara pasti akan mencuba CHAR KOAY TEOW.Keenakkan CHAR KOAY TEOW di Utara tiada tolok bandingnya....ewah.....

Kalau di sebut CHAR KOAY TEOW KETAM LEMBUT bolehlah ampa mencubanya di ORIGINAL TOK HERY CHAR KOAY TEOW KULIM. Bertempat di 139, Lorong Semarak 1, Taman Semarak Kulim Kedah kesedapan CHAR KOAY TEOW KETAM LEMBUTnya memang tidak dapat di sangkal lagi.

Original Tok Hery Char Koay Teow Kulim telah beroperasi selama 9 bulan dan dah tentu-tentunya menu paling best kat sini adalah KETAM LEMBUTnya. Senang saja nak cari Original Tok Hery Char Koay Teow ni. Ia terletak bersebelahan Kedai Ten Ten dan Eco dan terletak di hadapan jalan besar.Lokasi kedainya mudah di cari.


Balik dari bercuti raya cina hari tu (hari ke-3), saya dan team @projekbloggerutara di jemput untuk menikmati sendiri keenakkan serta kesedapan CHAR KOAY TEOW KETAM LEMBUT yang femes amos tu. Nak tau sedap ke tak? Tunggu.....





Lihatlah suasana kedai yang luas dan simple. Nampak bestkan?









Selalunya kita lihat kedai char koay teow cuma di kaki lima dan open gitu tapi kali ni di dalam rumah kedai.

Ini antara menu yang ada di Original Tok Hery Char Koay Teow Kulim. Ini sebahagian saja. Boleh pilih nak makan apa.


Tak sabar nak tengok CHAR KOAY TEOW KETAM LEMBUT?


Nah...nindia char koay teow ketam lembut tu.



Menarik tak?

Terliurkan?

Saya yang tengah menaip entri ni pon pon masih terliur.Masih teringat kesedapannya.

Bukan semata-mata char koay teow yang ada di Original Tok Hery Char Koay Teow Kulim ni tapi bermacam-macam lagi. Kalau taknak makan char koay teow boleh juga ratah ketam lembut sahaja.



Lapar nasi?
Boleh ja order nasi goreng.



nasi goreng ikan


Suka seafood?
Boleh order char koay teow seafood.



Tak makan ketam? Nak makan ikan?
Order saja char koay teow ikan.




Pendek kata ada bermacam-macam menu lain selain char koay teow biasa atau char koay teow ketam lembut.Pilihan di tangan anda.Takut nanti tak cukup satu pinggan kot bila dah rasa CHAR KOAY TEOW kat sini.


Nak tengok isi ketam lembut dari dekat?


Nah...lihatlah betapa juicy nya isi ketam lembut ni.Garing di luar dan juicy di dalam. Fuh....sedap baq hang.





Tak rugi mai makan kat sini tau.

Ni nak habaq mai ni, UAI pon penah mai makan kat situ tau. Amacam....hihihi...





Terima kasih yang tak terhingga kepada owner Original Tok Hery Char Koay Teow Kulim yang menjemput team @projekbloggerutara untuk merasai sendiri kesedapan CHAR KOAY TEOW KETAM LEMBUT.




Kalau ampa nak tau lebih lanjut boleh layari



Nah kami bagi map kot-kot ampa teringin nak terjah.






Selamat mencuba!!!




You Might Also Like

3 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^