Memanjakan diri di Anggerik Spa & Beauty,Bayan Baru

10:52 AM

Memanjakan diri di Anggerik Spa & Beauty,Bayan Baru





Cuti tahun baru hari tu dipenuhi dengan program yang paling wanita suka selain shopping...hihihi...
Mau tak suka, dah lama sangat kot tak ke spa.Dedulu zaman bujang asal bosan ja terus terjah spa tapi bila dah berkeluarga ni banyak nak kena fikir.

Bila dah ada masa tak sampai hati plak nak tinggalkan si kecik tu so terbantut niat asal.

Alhamdulillah saya dan team Projek Blogger Utara di jemput untuk memanjakan diri di Anggerik Spa & Beauty Bayan Baru.Wah....seronok bukan kepalang sebab pi beramai-ramai.Dalam kepala ni dah set dah nak buat apa...hihihi... Almaklum la...dah lama tak suruh orang menyental kotoran degil.






Dekorasi Anggerik Spa & Beauty



Pada hari tersebut kami di sambut mesra boleh pemilik Anggerik Spa & Beauty, kak Liza dan juga para pekerjanya.Keramahan kak Liza terasa macam dah kenal lama.



Pemilik Anggerik Spa & Beauty, K.Liza dan pekerjanya




Kalau di lihat dari luar dapat di lihat keadaan spa yang kecil tapi Anggerik Spa & Beauty mempunyai 3 bilik rawatan.Hiasan dalamannya lebih kepada ciri-ciri kemelayuan.









See...tenangnya rasa bila tengok dekorasi Anggerik Spa & Beauty.Macam zaman dedulu...hihihi...


Jadi jangan risau takut-takut terdedah aurat ke apa sebab semua rawatan akan dijalankan di dalam bilik.

Pakej promosi dan perkhidmatan di Anggerik Spa & Beauty


Ada pelbagai jenis rawatan yang disediakan di Anggerik Spa & Beauty.Dari rawatan muka, badan, tangan, kaki, kuku, make-up dan pakej untuk bakal pengantin pon ada.Nak sental daki...nak mandi bunga...mandi susu semua ada.Pilih ja mana yang berkenan.




Antara rawatan/perkhidmatan di Anggerik Spa & Beauty ialah :-

  • Body scrub - full body scrub / back body scrub / full body scrub and concentrate under arm, bikini area
  • Body bath - roses petal bath fresh / milk and fresh roses / citrus bubble bath with aroma
  • Facial - diamond peel / ultra sound facial / aura seri facial
  • Body massage - Balinese / Swedish / aromatherapy / hot stone / Anggerik signature 



Rawatan yang saya pilih di Anggerik Spa & Beauty


Sebab dah lama tak buat facial maka saya pilih facial treatment with whitening treatment. Seronoknya lahai bila orang belai-belai muka kita siap boleh lena lagi...hihihi....tapi bab part nak buang white/blackheads tu yang teruk sikit.Kata dah lama tak berfacial maka susahlah sikit nak kuarnya...hahaha....



bilik facial



Nak cantik punya pasal sakit pon takpa janji cantik.Facial treatment saya hari tu mengambil masa 50 minit siap sekali massage muka dan kepala...bestnya...ringan kepala ni tau lepas tarik-tarik rambut.



muka selepas berfacial...rasa bersihnya muka *wink wink



Masa buat treatment ni saya ambik lagi satu pakej, full body massage.


Ewah...nak berurut plak ohoi...


Sebenarnya saya agak segan nak berurut sebab banyak angin dalam badan.Kang sepanjang sesi berurut tu asik sendawa ja tapi dah alang-alang datang tu buat je la sekali kan...

Sebelum berurut saya perlu stimkan kaki dahulu selama 10 minit untuk melembutkan kulit kaki.

Inilah rupa foot steamer tu.






foot steamer


Muka tahan panas tapi kalau tak tahan boleh la suruh pekerja Anggerik Spa & Beauty kurangkan tahap kepanasannya.Jangan risau....




Selesai stim kaki mohler ke bilik rawatan untuk berurut.
Masuk-masuk ja terus terasa macam berada di spa yang mahal.Dengan dekorasinya...dengan lightingnya membuatkan saya rasa tenang dan nak lena.


bilik rawatan untuk berurut


Bermula la sesi urut mengurut bermula dari bahagian kaki sampai la ke kepala.Kalau rasa tak selesa atau sakit boleh ja bagitau kat pekerja Anggerik Spa & Beauty.Jangan malu-malu...ihik....

Sedap gila pekerja kak Liza urut.Tak padan dengan kecik tapi tenaga dan kuasa tangan dia memang terasa la.Sedap dan memang puas hati.

Full body massage ni mengambil masa 60 minit.Boleh pilih samada nak Balinese, Swedish, Aromatheraphy atau hot stone massage.

Saya pilih Balinese massage hari tu.Leganya kuar habis angina dalam badan ni.Sakit kaki sakit badan belakang semua hilang.Dalam masa 2 jam saya dah rasa segar bugar.


Lain-lain rawatan di Anggerik Spa & Beauty


Selain berfacial...berurut Anggerik Spa & Beauty juga turut menawarkan rawatan kuku/tangan/kaki (pedicure/manicure) untuk steam, scrub dan refleksology.

Boleh juga buat untuk rawatan resdung.Bagi bakal pengantin yang tak tahu kat mana nak lukis inai di tangan pon boleh dapatkan khidmat henna pengantin di Anggerik Spa & Beauty.




Kalau saja-saja nak lukis pon boleh....hihihi...

Kami team #projekbloggerutara selepas berspa...ceria haih masing-masing.


Terima kasih buat Anggerik Spa & Beauty terutama sekali buat kak Liza yang menerima kunjungan kami pada hari tersebut.Insyaallah akan datang lagi untuk mendapatkan rawatan yang lain plak.

Bagi yang tercari-cari spa untuk berfacial, rawatan untuk bakal pengantin atau berurut boleh la datang ke Anggerik Spa & Beauty di Bayan Baru.Lokasinya amat mudah.Cari Gaint Bayan Baru.Naik tingkat satu dan Anggerik Spa & Beauty berada betul-betul di kiri anda.

Jom sama-sama rasai pengalaman berspa di Anggerik Spa & Beauty.










Atau boleh layari facebook Anggerik Spa & Beauty untuk mengetahui pakej yang disediakan dahulu atau telefon 04-6440355 untuk pertanyaan atau tempahan.

You Might Also Like

6 apa kata anda?

  1. syoknyaaaaa. kann bila dah ada family nak manjakan diri sendiri kadang memang rasa terbantut. kalau keluar pun dalam kepala ingat anak dekat rumah >.<

    ReplyDelete
  2. weekend ni nak men spa kan muka la.
    da lebih 2 bulan tak men spa kan muka ni :)

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^