Raya 2015 | Raya ke-2 hingga 5 sekali harung

11:40 AM

Raya 2015

 
Assalamualaikum
 
Mood berblog ke laut.Aduhhh...
Mohler sambung entri raya bagi perabih.
Kalau dak dok tertunggak tu je la.
 
Pagi Sabtu raya ke-2 Aqil nampak sihat.So ikut plan asal nak bawa mertua ke rumah mak lang dan mak ngah kat Serdang dan Mahang ON.
Kita pakai jubah yang tok Besah bagi hari ni.Senang nak bergerak.
Dah singkat dah baju tu so abah pi cari suar pelikat kat Aqil malam raya nak match kan baju Melayu yang dah singkat tu.
 

budak merap minta dukung

 
Bertolak pagi ke Serdang dulu pastu terus ke rumah mak ngah nak tengok rumah baru.Mak ngah dah berpindah ke Rumah Penempatan Banjir di Mahang sejak 5 bulan lepas.Rumah cantik...elok...tapi takda elektrik dan air.Air pon tarik air bukit.Elektrik pakai generator pinjam dari kawan sepupu.Berbulan-bulan berpanas bergelap masih takda perubahan.Pihak berwajib macam endah tak endah ja kesusahan penduduk kat situ.Lastly anak mak ngah panggil wartawan TV bagitau apa yang depa nak.Masa raya tu tengok tiang elektrik dah siap pacak cuma belum sambung wayar lagi ja...Alhamdulillah.
 
Masa kat sana Aqil demam balik.Dok kerap mandikan Aqil ja bagi panas turun.Sedara-mara ramai yang datang.12 buah keta juga la.Pic kejadian takda.Enpon kong.Nak cas pon tak boleh...huhuhu...padan muka saya.
 
Ahad raya ke-3 Aqil demam balik.Mama pon turut demam.Kak ipar buat laksa.
Ala...laksa...nak makan tapi demam....huhuhu...kang makan bertambah demam.
Kami dok kat rumah ja tak ke mana-mana.Sambil-sambil jerelum anak jerelum jugak diri sendiri.
 
balut badan dak debab dengan tuala basah
Isnin raya ke-4 Aqil dah sihat tapi mama ja demam sikit.Kami beraya umah sedara belah suami yang dekat-dekat ja.Pi umah mak njang, mak ndak dan kak Chu.
 
 
Selasa raya ke-5 cuti mama pon dah habis.Abah plak suka-suka tambah cuti sendiri.Amboi sangat.
Pagi-pagi mama dah bagi arahan kat abah nak gerak awai.Kalau lambat-lambat maunya tak jadi balik lagi hari ni.
Memula ke rumah abang Mie hantar anak sedara dulu.Esokkan dah sekolah.


keras kejung takmau masuk rumah orang

 
Dari rumah abang Mie kami nak ke Air Hitam Penang.Kali ni nak beraya rumah kak Rose.Penutup cuti mama kita ronda-ronda pi makan sana sini.Ajak abah naik jambatan gedik-gedik nak naik feri.Nah...rasakan 2 jam sangkut kat jeti.Jemmed...orang pakat nak naik feri.
 
 
 
Sampai umah kak Rose pon dah jam 3 lebih.Kat sini kita makan masakan kampung.Lega aih dapat makan masakan kampung.Asik ayam daging.Jemu.
Kak Rose masak gulai ikan, sambal udang petai, masak asam, sayur, ikan goreng, ulam-ulaman dan sambal belacan.Berselera makan hari tu.Bertambah-tambah.

kawan keja mama
 
Balik dari Air Hitam lajak plak ke Simpang Empat Tasik.Kawan wat open house.Kali ni makan nasi beriani.Nindia BFF time sekolah.Ada yang dari form 1 ada yang dari form 4.Tiap tahun mesti akan gather sekali.Memasing pon dah ada kuarga dan life sendiri so payah nau nak jumpa.
 


sebahagian bff since form 1 dan form 4
Malamnya singgah umah mak mengasuh.Makan laksa plak kat sini dan Alhamdulillah Aqil dapat baju raya baru dari mak mengasuh.Boleh simpan raya haji yang nak mai ni la....hihihihi...
Nampak gaya mama kena cari baju kaler ni plak la untuk raya haji....hahahaha...
 

Berakhir la cuti raya mama abah dan Aqil dan esoknya mama terus patah kaki akibat tragedi 29 Ramadan.Abah dah hantar keta untuk repair.Yola...sepanjang raya tu orang Malaysia ni prihatin sungguh.Asik dok bagi lampu dan bagitau kata bonet keta tak tutup sepanjang perjalanan raya kami...hihihi...makaseh la ye.Bonet kita dah ikat dengan dawai tapi biasa la bukan boleh ikat ketat pon.Bila sampai kat jalan yang terhentak berlubang bonet tu terbuka sikit...hihihihi...
So sekarang nak ke mana-mana pikir banyak kali.Adala keta hitam tu tapi habuan abah guna nak pi keja je la.Mama takmau bawa keta hitam tu.Errr...dah takda kudrat nak pulas stereng yang power hand.Boleh semput woooo....

You Might Also Like

14 apa kata anda?

  1. lawanya jubah mama tuu. munge-munge hehehe. kami pun pakat2 demam habih ni. raya sakan sangat kan. eh kak zai xpi tengok ka transformers dekat padang kota?? kalau dak boleh celpie sat :P

    ReplyDelete
  2. cntik2 semua.. ala kesian demam dia.. yui pun skg tak brape sihat..siang dmm.. malam sjuk..huhu

    ReplyDelete
  3. Geram sungguh aunty tengok Aqil....
    Nampak lagi handsome bila pakai kasut coklat....
    Selamat Hari Raya Aqil & mama Aqil...hehehehe....

    ReplyDelete
  4. amboi aqil bertuah asyik dapat baju je.

    ReplyDelete
  5. hahaha...

    keta hitam..??

    mesti kereta kebal an kak...???

    ReplyDelete
  6. Assalam zai,
    tu dia haaaiihhh
    dia bagi sekali harung
    julin mata iols baca :)
    he3

    ReplyDelete
  7. siannyer dia demam masa raya....papepun...jubah tu tu cantek heheh

    ReplyDelete
  8. Siannye beraya dalam keadaan x sihat...
    Baju melayu aqil tu mengancam.. Pandai abah Aqil cari suar matching...

    ReplyDelete
  9. mandom kan raya anak demam wuuuu.

    murah rezeki Aqil selalu dapat baju raya

    ReplyDelete
  10. raya sakan aih.. syoknya aqil dapat baju baru..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^