Review BATOOK ori

10:35 AM

Assalamualaikum

Hari ni saya nak review BATOOK ori berdasarkan pengalaman saya menggunakannya.
Entri ni bukan entri berbayar.BATOOK ori ni bukan ubat batuk untuk di minum tapi sejenis minyak berangin.Batook ni pon suami yang belikan masa pi pasar malam Sungai Dua sebab kesian tengok saya yang batuk teruk + demam dari 15hb lepas.

beli BATOOK percuma perfume :)
Dah seminggu batuk lepas ambik ubat kat kilang batuk saya makin menjadi-jadi + demam.
Asal batuk ja mesti kencing.Tahap kronik dah.Dari tukar ubat tu ke ubat ni tak nampak perubahan.

Ais....pantang.
Kekacang...pantang.
Makanan berminyak...pantang.

Dah tu apalagi nak buat?

Tekak ni gatal toksah cakap la.Rasa nak ambik garfu garu kat dalam.
Batuk teruk sampai suara tukar macam orang pi karaoke nyanyi rock 10 lagu.
Batuk sampai sesak nafas.
Coklat berubat tu sentiasa ada dalam poket.Spare takut gatal kerongkong.

Malam tu suami beli BATOOK ori ni.Suami sapu kat belakang badan.Tak panas sangat tapi berangin ja rasa.Pastu saya sapu kat dada...leher dan hidung.Masa tengah tido tu saya batuk...batuk..batuk...last saya batuk... muntah + kencing.Muntah yang banyak dan keluar la segala gelema yang banyak orang Utara kata atau kahak bahasa bukunya.
Lepas muntah segala phewwww...macam kutey buang...saya lena sampai pagi.
Suami pon tegur kata tak dengar saya batuk dah malam tu.
Alhamdulillah....lepas tu batuk saya beransur kurang dan kurang.
Tu pengalaman saya gunakan BATOOK ori ni kat diri sendiri.

Selain untuk batuk macam-macam sakit lain boleh gunakan BATOOK ori ni macam penat, pedih ulu hati, kembung, pening dan boleh dijadikan sebagai minyak telon untuk bayi.

Kalau sekitar Seberang Perai boleh didapati di pasar malam Kepala Batas, Desa Murni Sungai Dua dan Ampang Jajar atau pon boleh contact NAIM 017-4054558.

You Might Also Like

9 apa kata anda?

  1. nak beli lah zai
    sbb hubby batuk dah lama ni..kuat pulak
    seberang tu jauh pulak nak p..tp xpelah el try tya kat pasar malam area sini

    ReplyDelete
  2. ramai orang kata bagus batook ori ni

    ReplyDelete
  3. nak beli la. ritu nmpk masa kt pasar alor setar ni.. jumaat ni boleh pegi tgk kot ada org jual lagi. uwais dengan kira sedang dalam fasa batuk sesema huuuu

    ReplyDelete
  4. bagus ni..wanie tak pernah jumpa lagi ubat ni..alhamdulillah,batuk akak dah beransur kurang..

    ReplyDelete
  5. Kat KL tak jumpa Batook ni Zai....melayu punya ye...

    ReplyDelete
  6. o0 ada no kat sini okay skrg saya contact dia tq zaii

    ReplyDelete
  7. eh pasar malam kepala batas hari ni kan??

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^