Makan-makan team building Automotive department

9:26 AM

Assalamualaikum
 
Selepas makan di sini hari Isnin dan Selasa pastu makan plak di sini hari Khamis saya dan kawan-kawan dapat jemputan pulak petang Khamis tu untuk ke Automotive department team building hari esoknya di The Sarkies E&O Hotel dan Penang Bowl.
Macam hari Khamis tiap sorang kena bawa hadiah harga RM30.
Dalam ati memang takmau pi.Takda masa nak pi cari hadiah.Lagipon last minit memang jadi malas tapi kak Rose yang baik hati tolong carikan hadiah malam tu juga.
Makaseh kak Rose dan abang Man sebab susah payah pilih hadiah...hihihi...
 
So esoknya hari Jumaat pukul 11.30 pagi kami dah bertolak ke E&O Hotel nak makan-makan dulu.
Acara makan-makan dari pukul 12 sampai pukul 2.30 petang so hentam la nak makan apa yang ada selagi termampu.

 

 
Dah sampai awai arrange meja hadiah dan stiker nombor tu terus pi makan.
Masa ni saya ambik ja semua jenis ckit-cikit boh dalam satu pinggan.
Ada samosa, popia, sosej, sayur, ikan, daging, sotong dan nasi goreng.
 
1st plate
 Pas sepinggan dok sembang-sembang selpiaq selpiaq baru bangun ambik char koey tiaw dia.Sedap.
Saya mintak yang besar + nak basah sikit.Yang ni share 4 orang terus.
 
2nd plate
 Pastu round-round ambik salad.Dah banyak sangat makan itu ini minggu ni mohler kita masukkan sayur-sayuran warna-warni dalam badan...hahahaha...
Ada orang tegur kata saya pandai makan....hihihi....ushar badan la.Kalau kata tak pandai makan memang takleh caya la kan...hahahaha....
 
3rd
 Yang ni Makcu yang ambik.Kongsi-kongsi je.
 

 Ini pon kongsi-kongsi dengan Makcu.
 
 
Kari kepala ikan kerapu ni paling win.Gila sedap.Nora kasi 5 bintang.
Ada orang tu siap ambik lagi sekali la ratah kepala ikan kerapu ni dan dari pemerhatian ramai yang ambik kari kepala ikan ni kat E&O.
 
 
 
Lepas selesai dok sembang-sembang pi toilet patah balik nampak ais kacang dan ais krim kat pintu masuk.Aha....
Terambik la ais kacang ni pulak.
 
 
Setel makan-makan acara tukar-tukar hadiah.
Ada 50 hadiah semuanya.
 
 
Kami dengan hadiah yang di cabut.
 
 
Lepas acara cabut hadiah mohler bakar lelemak tadi dengan bowling.Ni bukan lawan group by group.Ni semua main belasah ja.Asal lane mana yang kosong kita masuk ja main.
 
 
Eh...tetiba kita terkurus plak kat sini...hik
 
 
 Automotive team....High power & Mid power.
Kami?
Support cikit-cikit ja kat Mid power tapi dah orang ajak kita join la...ihik...
 
 
Balik rumah excited buka hadiah.Saya dapat hadiah jam ni.
Comey tapi kena letak tempat tinggi.
Dapat kat budak yang bijak tu jenuh jahanam jam ni.
 
 
Ni yang kak Rose belikan untuk saya.Belasah je la apa pon janji harga RM30.
 

You Might Also Like

6 apa kata anda?

  1. saya pun pandai makan! hahaha

    sekarang jenuh berusaha nak jadi ' tak pandai makan' :P

    ReplyDelete
  2. Kami bkn shja pandai makan malah juara makan bahaha

    ReplyDelete
  3. kira nampak hadiah bekas makanan tingkat2 ituuuu kalau dapat tu pun syok kan hihihihi...

    kami salah sorang yang tak reti nak makan kalau kat hotel ni sobssss

    ReplyDelete
  4. ha kan betul asik makan jer hihi..bos kami bz tahun ni tak ajak p makan pun huhuhuhu

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^