Anugerah | Majlis Aqiqah dan Besday Aqil Najmi

4:53 PM

Assalamualaikum
 
Selamat Hari Raya Qurban buat semua.Mungkin agak terlambat nak wish...bizi yang amat sangat.Entri ni mungkin agak panjang.Nak boh semua sekali arung...hihihi...
Buat teman-teman yang berdekatan dengan saya maaf sebab tak jemput.Saya sebenarnya takut nak jemput sebab majlis pon tak ketahuan punca nak start pukul berapa.Jemputan yang lelain semua mak dan abang yang jemput.Maaf ye.Jangan kecik ati tau =)
 
Hari Raya Haji yang lepas saya dan family memang agak kelam-kabut.Macam tahun lepas punya kelam-kabut tapi tahun ni dia punya kelam-kabut berganda-ganda.Mana taknya...hari tu la Raya Haji hari tu jugak la nak buat majlis aqiqah Aqil Najmi.Plan asalnya nak buat tahun lepas masa Raya Haji...masa saya dalam pantang tapi Aqil Najmi kena masuk wad plak makanya kita tukar satu bahagian lembu tu niatkan kepada korban untuk saya.Tapi kali ni memang bermacam rintangan dan dugaan ada.Tak lupa juga rezeki berganda-ganda.
 
Sabtu~Angkut barang-barang balik rumah mak kat TAT.Rasa macam balik kampung jejauh plak...hihihi....Hujan.Rumah mak banjir sebab banyak pembangunan yang naik di sekeliling umah yang rendah.Risau jangan cakap la.Dalam hati ni berdebar-debar.Takut jadi macam tahun lepas.Air masuk dalam rumah.Hujan plak kejap lebat kejap berhenti.Alternatif yang di ambil...cangkul tanah buat longkang sementara untuk alirkan air yang bertakung bawah rumah mak.
 
 
Dua hari sebelum tu adik wasap cakap khemah masjid takda.Tahun ni masjid pasang banyak khemah sebab ada 13 ekor lembu nak korban.Kena plak musim hujan memang semua full.Ini pon dah wat kami qaplah jingga dah.Tanya sana sini dapat la sewa khemah dan kusi meja dari UMNO bahagian.Kami wat majlis biasa-biasa ja tu yang tak sewa khemah dan meja hebat-hebat.

 Bila dah orang mai pasang khemah meja semua saya pon pakai la tudung dalam rumah.Pintu tingkap kan ternganga luas.Kalau takat kami adik beradik takda hal sangat.Dalam rumah tu saya ada abang-abang dan adik.Takda ipar lelaki pon.Ni bila sepupu sepapat pakat mai kita kena la tutup mana yang perlu.Aqil plak meragam.Dia ingat bila mama pakai tudung mama nak keluar tinggai dia.Takmo duduk lansung.Nak kena dukung ja.Kalau berdiri asik la dok runtun kaki ni.Last-last pinjam walker Izara.Pestime boh Aqil dalam walker.Mula-mula dia takmo tapi lama-lama dia ok.So letak dia depan pintu bagi tengok abah, pakngah, paksu dan sepupu sepapat pasang khemah.Lega -___-
 
 
Ahad~Selamat Hari Raya =)
 
 
Awal-awal ni excited dia bukan main.Dapat makan ketupat rendang lagi la sedap.
Alhamdulillah....pagi tu kak ipar sponser bihun goreng untuk tetamu yang datang.
 
 
Lepas sembahyang raya saya, suami, Aqil dan adik ke rumah mak ndak.Kami tak sembelih lembu korban/aqiqah di masjid tapi di rumah mak ndak.Nak cepatkan.Kalau kat masjid jenuh tunggu turn.Daging aqiqah nak pakai cepat nak masak plak.Masak untuk 300 orang makan....errrr...boleh ke?
 
Aqil Najmi yang takleh berenggang dengan mama dia -_-
Awal tu cerah ok ja.Baru ja rebahkan lembu hujan lebat.Allahuakbar.Mau tak mau kena sembelih dan lapah lembu dalam hujan lebat la.Kat sini la membuatkan proses jadi lambat tapi nak wat cemana dah hujan.Kita terima ja.Tuptaptuptap daging sampai rumah pukul 12 tengahari.Jemputan panggil pukul 2 petang.Punggah....
Dalam masa 2 jam nak kena setel masak.Cemana ni cemana ni?Naseb la rempah dah tumis nasi dah masak.Kalau tak jenuh.Nak tak nak saya duduk bersila bersama-sama abang dan kak ipar kat dapur potong daging.Suruh anak-anak sedara tengok-tengokkan Aqil.Tuptaptuptap pukul 2.30 petang baru sudah potong daging.Alhamdulillah...ada orang sedekahkan daging untuk buat kenduri.Masa ni dah ada orang datang tapi sedara-mara je la.Takpe...sedara-mara kita jamu bihun dan ketupat dulu sementara daging nak empuk dan syukur Allah turunkan hujan yang lebat.Kalau tak hujan rasanya ramai orang dah datang masa ni.Dalam keadaan yang agak kelam-kabut dan entah macam mana saya dan Aqil jatuh terlentang sebab mozek basah dan licin T_T
Sakit sangat.Alhamdulillah Aqil tak kena apa-apa.
 
Akhirnya menu sedia terhidang dengan sempurna jam 4 petang -_____-
Maaf.Terlewat dari jangkaan.
Antara menunya :~
 
Nasi hujan panas(kaler terlebih), gulai daging(tak sempat snap), daging masak hitam(tak sempat snap)
 
Air asam tomato
 

Acar(jiran sponser)

 
Tapai(abang no.3 sponser)
 Camni la lebih kurangnya.Ini pon dah lapar sangat-sangat petang tu dalam pukul 7 baru nak makan.
 
 
Mulanya agak risau bila tengok orang tak ramai yang datang tapi lepas ja Asar pakat berpusu-pusu yang datang.Oh...mungkin awal tu orang sibuk dengan raya dan korban.Antara gambar yang sempat snap.
 
 
 
 

Orang masjid pon datang lepas Asar untuk bacaan doa selamat dan tahlil.Depa pon bizi dengan lembu yang 13 ekor tu.
 
Petang kak ipar sponser bihun sup dan sorang lagi kak ipar sponser mee udang(tak sempat snap).
Syukur yang tak terhingga.Mewah dengan makanan.
 
 
Petang tu ingat nak wat sambut besday Aqil tapi kak ipar suruh tunggu sebab baru nak beli kek untuk anaknya.Tunggu punya tunggu dekat 2 jam gak la.Aqil plak dah mengamuk sakan.Dah letih dan time tido dia dah terlajak.Dengan orang sedara makin ramai yang datang waktu malam.Sengaja sambut besday Aqil awal.Senang...buat ja sekali arung.Kalau nak tunggu 10/10 kena wat majlis lagi sekali.Besday ni pon last minit decide.Hari Jumaat tu la baru nak tempah kek bagai.Naseb la kawan sudi buatkan.Aqil dari pakai baju betbet last-last tinggai t-shirt dan pempes ja.Baru nak ensem-ensem yeyak plak -_______-
 

 Last-last jam 8.30 malam baru nak potong kek.Aqil dan ngamuk sakan.Ini pon adik halakan flash kat Aqil tu yang dia pandang telefon.Kami sambut besday Aqil(10/10) dan Aqilah(5/10) serentak.Lupa abes topi, topeng dan segala benda nak bagi kat bebudak sambut besday -_______-
Lepas makan baru perasan benda-benda tu kat atas almari.Cadangnya nak letak kek atas meja makan background belon-belon kat belakang tapi bila budak tu mengamuk apa pon tak bleyyyyyyy.Penat acik Amir tiup belon sensorang...hihihi...
 
 
Buat Aqil dan Aqilah....moga jadi anak yang soleh/solehah.Jaga solat.Jaga maruah diri.Jadi orang yang cerdik dan berguna dan moga jadi penyejuk mata dan hati orang disekeliling ya...Amin.
 
 Budak mengamuk ni bila dapat makan kek terus hilang mengantuk -______-
Ikut sapa taktau.
 
 Close up kek Aqil.Tempah kat kawan.
 
 
 
Saya cari gambar kek dalam tenet suruh kawan wat sebijik sebijan macam tu cuma tambah Aqil Turn 1 kat tepi.
 
Selesai majlis jam 10.30 malam.Alhamdulillah makanan takda berlebih-lebih takda berkurang.Ngam ngam.Syukur sangat-sangat.Buat semua keluarga dan sedara terima kasih sebab banyak hulurkan pertolongan nak menjayakan majlis aqiqah Aqil Najmi dengan bermacam rintangan dan dugaan.
Lega....phewwwww.....
 

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. Assalam zai,
    epy b'day aqil
    moga jadi anak yang soleh
    AMIN

    ReplyDelete
  2. Ya Allah boleh pulak terjatuh tuuuu T.T tapi mesti sengal jugak kan kak zai huuu

    entah la tapi kira yg baca entry kak zai pun rasa kelam kelibut sama hukhukhuk

    alhamdulilah dah selesai semua. yg penting wajib nya dah selesai kan kak zai syukur

    ReplyDelete
  3. Cantiknya kek Zai...simple tapi cantik! Hepy Bezday Aqil....
    Memang pun kat kg malam Raya tu pun hujan lebat betul....bocor sana sini rumah mak....

    ReplyDelete
  4. JATUH?????????

    eh aqil dah setahun??? sanah helwah aqil

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^