Sebab musabab Aqil demam

1:04 PM

Assalamualaikum
 
Bila dok sesaja terpikir balik ada beberapa punca yang menyebabkan Aqil demam.Mungkin ianya kebetulan tapi boleh jadi semua ni bermula dari situ dulu.
 
27 Julai 2014
Malam raya.Petang tu lepas abes masak kuah kacang ayam dan rendang suami ajak teman jemput anak sedara dok Palong N9 datang beraya di Lunas.Mak dia dan yang lelain balik raya ke-3.So lepas jemput Along suami ajak ke Expo Seberang Jaya cari baju raya Along barang sepasang dua dan baju melayu ayah mertua.Ayah mertua size beso so susah sikit la nak mencarinya.Ke expo la tengok kot-kot ada.Bila dah selesai beli belah kat situ suami ajak tunggu cabutan bertuah.Punggah.Orang dah penat dia ajak tunggu plak.
 
 
Sebab dah tak larat dukung Aqil soh suami take turn.Nak bebai pon ada sebab cabutan bertuah tu pukul 10.30 malam baru start.
 
Nah...kupon yang kami dapat masa sopim kat situ.
1 kupon=RM10
 
Saya tak larat nak jaga anak so tugas saya tengok nombor cabutan bertuah tu.Kot-kot la nombor naik.Dalam takmau dok aim gak kipas berdiri ke...mesin basuh 15 kg ke....motor Honda EX5 ke kan.Sapa nak bagi motor free camtu...hahahaha...
 
Dalam banyak-banyak dua kupon naik.Dapat la seterika dan set cawan ni.Alhamdulillah...dari dok tunggu tak dapat apa.Tapi penat menunggu tu memang lagi penat.
 
 
Sampaikan hat last-last tu saya bawa anak berjalan cari tudung.Baru teringat baju tema takda tudung lagi.Dapat la paredah celup harga RM35.Yang tu je la yang kaler nak sama dengan baju pon T____________T
 
Balik dari tu pon dah jam 1 lebih pagi.Suami tala plak pi Uptown Perda.Punggah.Jalan plak kat sini tengok apa yang berkenan.Penat gila.Balik dekat jam 3 pagi terus ke Lunas anta Along.Sampai umah mak kat TAT dah jam 4.30 pagi.Malam tu kami berembun ja sampai pagi.
 
Esoknya pagi raya dah bangun awai siap-siap Aqil.Dia dah mula merap tak cukup tido.Aqil plak bila bab berjalan letih camna pon mata tetap buka tengok orang ramai-ramai.Rumah mak plak riuh dengan anak sedara jadinya Aqil lagi tak tido.Dia nak main tapi kejap-kejap merap.Bila naik keta jalan ke rumah sedara baru ja tido dah sampai.Bangun balik.Badan dah letih...berembum...sat-sat panas...sat-sat sejuk.Kompem Aqil demam.
 
Pastu dok nampak-nampak masa dia demam Aqil dah boleh berdiri lepas tangan.Dah takyah pegang mana-mana dan gigi Aqil dah nak tumbuh.Lagi la makin kuat demam dia.Sat-sat demam.Sat-sat ok.ON OFF gitu.Hari Sabtu Ahad tu baru la Aqil kena ciken pox.Kiranya dah seminggu lebih dia demam.Badan pon dah susut.Takmo makan.Nak susu ja.
 
Hai la anak...ni abah kamu punya idea la ni nak berembun bawa kita sama.Kalau tak dah hepi-hepi kita beraya dan banyak gak gambar mama tangkap.Ni gambar raya seketoi dua ja.Sadis betoi.

You Might Also Like

6 apa kata anda?

  1. untung la dapat adiah cabutan brtuahhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  2. kalau kira pun bebai hihihi. tapi syukurlah uwais kalau dah penat tu dia akan tido. cuma letak dalam stroller dan tolakkk aje.

    aqil demam nak jalan tumbuh gigi la tu. moga cpt sembuh Aqil.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^