Pabila mama sakit gigi

1:59 PM

Assalamualaikum
 
Hari Jumaat tu dok rasa dah sakit gigi.Ambik ubat kat klinik dalam kilang.Makan terus rasa lega.Ingat sakit sikit-sikit ja so wat tak tau jela.
 
Malam tu dalam jam 11 malam gigi rasa sakit balik.Allahuakbar....rasa macam nak hantuk ja kepala ni kat dinding.Naseb la time Aqil dah tido so takde la tensen sangat.Berjalan pi mai pi mai dalam rumah.Taktau nak wat apa.Asik la ulang berus gigi.Bila berus rasa sakit tu ilang.Pastu tak lama lepas tu sakit balik...wuuuuuuuuuuuu...
 
Mesej suami habaq sakit gigi.Suami balas cakap tunggu dia balik.Suami beli ubat.Pukul 1 pagi suami balik bawa balik ubat sakit gigi cap kaki tiga.Telan 2 biji pon tak jadi apa tapi kurang sikit dari tu.Sat-sat bangun...sat-sat bangun.Memang tak dapat tido.Aqil merengek-rengek nak susu pon abah yang tolong bancuh susu.Mama dah meroyan dah time ni.Dok tahan ja.Kang silap sikit ja mau melenting.Baring-baring tah pukul berapa tah terlelap.
 
Bangun Subuh pon dah lambat.Setelkan keja apa yang patut pagi tu sebelum ke klinik.Aqil bangun ajak main.Mama letak kat tikar ABC bagi keretapi bateri kat Aqil soh main.Mama cakap ''Sayang main sorang-sorang tau...mama sakit gigi.Takdak mood nak layan.''
Abah takda time ni.Abah pi buat cermin keta satu lagi.Retak.
 
Main la dia sorang-sorang sesambil mama dok kat kusi pegang pipi.Tengok gelagat dia cuba-cuba la snap gambar.
 
 
Bila dia bosan dia pusing kat mama sambil sebut ''aaaa...aaaa...'' soh tengok dia.
 
 
 
Kesian anak mama.Main sorang-sorang.Mama sakit.Aqil pon tak meragam pagi tu.Rilek ja dia.Terima kasih sayang sebab faham mama tengah sakit.
 
Pukul 11 pagi camtu baru siap-siap pi klinik.
 Nah seberkas ubat sakit gigi.Makan 8 jam sekali.Tapi macam takda kesan ja ubat ni...wuuuuu....
Dokte cakap ada gigi kecik tumbuh kat belakang gigi hat last tu.Dokte pon pelik leh ada gigi kecik.
 
Masa balik klinik Aqil meronta-ronta takmo dok dalam baby seat dia sambil lonjak-lonjak badan nak kuar.Boh la kat seat sebelah macam budak besar.Amboiiii...bukan main suka dia.
 
 
Terhibur hati mama bila tengok gelagat Aqil yang comey ni.Terus kurang rasa sakit.Tu pon kena hati-hati sebab Aqil tak pandai duduk lagi.Kejap-kejap senget ke kiri.Kejap-kejap senget ke kanan ikut mama kona stereng kot mana sampai terhantuk pintu....hihihi....
Sayang anak mama sorang ni.Faham je dia keadaan mama.

You Might Also Like

8 apa kata anda?

  1. haaa..silap2 kena operate mcm kami hari tu. uwaaa tatettttttt

    ReplyDelete
  2. ala...jgn la kata lagutu.td engineer kami pon habaq kena operate gak riena

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah Aqil anak baik, uwais tak boleh letak gitu, mau dia merangkak turun bawah lagi haru hahahaha.

    sakit gigi nie kalau salah timing memang boleh meletup!!! huuuu

    ReplyDelete
  4. kiera...uwais dh pndai merangkak dh kompem dia turun.ni x reti lg tp dok x diam gak.jenuh sblh tgn dok pgg

    ReplyDelete
  5. Asssalamualaikum kak, sheila pun ada masalah sakit gigi ni. lepas bersalin kot nak g klinik gigi. skrg ni malas nak layan sakit tu. tapi tension gak sekali sekala. hee comelnya bambam Aqil. hihi singgah follow sini, salam perkenalan ~~~

    ReplyDelete
  6. Wslm shiela.woh...kena time sakit sgt mau rs nk penampaq org ja..

    ReplyDelete
  7. Montelnya pipi Aqil ni...comey!
    OKje tak pernah sakit gigi zai....harap harap janganlah hendaknya.. milu adalah

    ReplyDelete
  8. OKje...hihihi...montel mcm mama dia ni

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^