Anugerah | Saya sudah botak

1:06 PM

Assalamualaikum

Hihihi...jangan jemu no baca blog kami.Asik-asik cite bab anak ja sejak ada anak ni....hahaha...
Abes...nak cite bab apalagi kalau pantang dok kat umah mak.
Pantang kat umah orang tua kan.Kalau pantang kat umah sendiri rasanya saya dah merayap kot.
Gila jemu dok umah asik baring tengok tv pastu belek anak bila anak nangis....haiiiih...tapi siang anak banyak tido tu yang jemu tu.

Semalam dah wat kenduri sikit so hari ni kita cukurkan rambut baby.
Mak panggilkan bidan yang dok urut-urut orang bersalin.
Tengokla...maybe next week nak soh urutkan badan plak.
Nak cukur sendiri takut sebab rambut baby lebat sangat-sangat.
Ni pon baby menangis tak henti-henti masa cukur.Jenuh berenti banyak kali.Naseb la mak bidan berpengalaman so nangis camna pon cool ja mak bidan dok cukur.
 

Nah...segumpal rambut baby.Mak bidan cakap maybe dekat 3 gram kot kalau timbang.Leh dapat cincin sebentuk la kalau 3 gram....hihihi...
Nanti kena bawa pi kedai emas nak timbang rambut baby nak tau berapa berat.Pastu nak kena kira berapa harga rambut tu ikut harga emas untuk disedekahkan pada fakir miskin.Yang ni kalau rasa mampu boleh la buat.Kalau tak mampu takyah la susah-susah nak buat.


Ni la pic baby saya sebelum dan selepas cukur...hehehe...
Saya sudah botak ^_^

Tadi sempat gak suruh mak bidan wat belah mulut anak saya.
Amboi...suka ye Aqil makan kurma.Abes 2 biji kurma yang di lenyek dan di campur air zam-zam Aqil makan.
Benda simple-simple semua dah buat.Tinggal nak wat aqiqah anak plak.
Yang tu taktau bila plak nak buat.Suami dok bizi keja selepas 12 hari cuti.
Hari tu nak buat kena masuk wad bagai so semua tergendala.

You Might Also Like

4 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^