Pertama kali masuk wad-part 2

7:49 PM

16 Mei 2013/Khamis
Bangun awai gak.Pas mandi bagai duduk tunggu sarapan dan doktor round.
Lupa plak.Masa tido malam tu ada misi gerak cakap nak cucuk insulin.Saya buka mata mamai-mamai.Tak rasa pon misi cucuk.Tengok-tengok dan siap.
Misi mai ambik darah check BSP lagi.Result 4.5.
Bekpes dapat roti 2 keping,air susu dan sepeket milo 3 in 1.
Lepas makan misi bagi antibiotik.Doktor round dan masa ni ada doktor pakar dan doktor pelatih.
Doktor pakar sangat-sangat friendly pastu siap check almari saya ada makanan apa.
Yang manis-manis semua suruh anta balik....hohoho...takpe doktor...saya tak makan pon yang manis-manis tu.
So dapat la tag ni.

Macam biasa check BP dan suhu.

Tengahari suami mai anta air mineral lagi.Makan nasi spital sambil kata kat Iz dan kak Saniah...sedappp...sedap...hehehe...terapi tu.
Alhamdulillah...kak Saniah pon dah lalu makan nasi.
Lepas doktor round lagi tengahari tu saya dan Iz pi melawat kawasan.Pi sembang katil sana-sini sampai ke bilik depan.Misi siap kata 'amboi ibu...sampai ke depan depa mai sembang no'...hehehehe...biasala...kami boring.
Kebanyakkan yang masuk wad ni 80% turun darah dan 10% daripada depa tu tak tau depa mengandung.
Hat lagi 20% macam saya la...kencing manis,demam dan alahan teruk.

Petang tu pakar pemakanan mai terang-terang cara berdiet.Pastu doktor farmasi mai terang cara nak pakai insulin.Katanya insulin dalam badan saya tak function pada waktu malam masa tido.Siangnya ok.
Dapat 2 pen insulin ni.Kiranya hadiah besday in advance dari pihak spital...konon la kan...hakhakhak...

Dan tidoq seround.Panggil misi suruh tunjuk cara cucuk insulin.Memang ketaq sebab nak cucuk sendiri tapi doktor cakap selagi tak boleh buat selagi tu tak boleh balik.Mau tak mau cucuk jugak.Errr....tak sakit pon.
Petang suami, mak mai dengan kak ipar no.3 bersama anak-anak sedara.Riuh la sat pastu sunyi balik.Makan...rehat-rehat...check BP...makan ubat...ber ON9...sembang...tidoq.Sampai boring la.
Petang tu jarum darah dah cabut kuar sebab tangan bengkak merah.Lega.Senang sikit nak bergerak.
Malam cucuk insulin sekali lagi depan misi.
Dok golek-golek atas katil last-last terlelap.Agak awai la dalam pukul 11 camtu kot.Bangun mamai-mamai pon sebab misi gerak nak check BP.

17 Mei 2013/Jumaat
Sadis.Sambut besday dalam wad.Suami mesej semalam pon tak jaga sebab lena tido.Suami tetap takleh tido malam.Cucuk insulin lagi sekali depan misi.
Pagi lepas sarapan doktor round dan check perut bagai.Doktor dok terang kat doktor-doktor pelatih.Dok tunggu-tunggu la doktor kata boleh balik tapi awat tak cakap ni.
Lepas depa round sorang doktor mai tanya-tanya dan tulis report.Doktor habaq dah boleh balik.Alhamdulillah...lega sangat-sangat.Terus mesej suami habaq boleh balik.
Sebelum makan tengahari doktor mai ambik darah plak.Kali ni belah kiri.Katanya result kuaq lepas sembahyang Jumaat so tunggu result dulu baru leh balik.
Suruh suami sedia duit banyak sikit takut kena bayaq mahai.Biasa la kan...dapat hadiah...takut masuk sekali dalam bil.
Iz pon dah kuar tengahari tu.Tinggal kak Saniah ja yang tak boleh balik.
Masa dok kemas-kemas barang dan salin baju biasa tengok muka kawan-kawan dalam wad yang memandang sayu.Kesian.Macam tu gak saya rasa masa ada kawan-kawan yang dapat balik.
Bil saya untuk 3 hari 2 malam check-in HSJ adalah RM54.Murahkan?
Alhamdulillah....ada subsidi kerajaan.Pen tu dan ubat insulin yang 5 botol semuanya free.
Dapat la MC 5 hari.

Sekarang dok memantau la cara pemakanan.
Ada orang tanya sakit tak cucuk insulin.Tak sakit tu tipu la tapi sikit-sikit je.Sakit lagi masa misi cucuk jari nak test darah tu.So sekarang saya kena cucuk insulin 3 kali sehari.
Dapat 2 jenis insulin.1 untuk siang yang saya cucuk pagi sebelum bekpes dan petang sebelum makan malam.
1 lagi insulin untuk malam sebelum tido.
Sekarang ni saya dah ada keja baru.Jadi DOKTOR untuk diri sendiri...hikhikhik...

You Might Also Like

10 apa kata anda?

  1. cucuk sndri eh insulin?ingatkn kena msuk ikot drip ja..adui,risau gak~

    ReplyDelete
  2. A'ah liyza...cucuk sndiri...x sakit pon

    ReplyDelete
  3. prghhh kna insulin kaaa..seriaunyaa..kami mujoq thp diet control ja

    ReplyDelete
  4. k.zai pnya insulin wktu mlm mcm x function...xtau nape...

    ReplyDelete
  5. alahai, tak sangka sampai kena cucuk insulin.ingatkan mcm kami dgn maneh ja takat kontrol diet sj. aduii..bersabarlah cik zai. semoga semuanya baik2 sj nanti. amin.

    ReplyDelete
  6. tu la riena...heran gak...kami pnya gula x tinggi mn pon...siang lg la x tinggi2...redha je la

    ReplyDelete
  7. Oo kena cucuk sebab itu ke. huuu syukurlah kira xsmpi tahap mcm tue. hurm setiap org yg preggy nie lain2 dugaan dgn ujian dia kan

    ReplyDelete
  8. hehehe...tu la kiera...k.zai yg lain ok tp kantoi bab gula la pulooook

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^