Pertama kali masuk wad-part 1

9:42 PM

Semalam 1st day keja setelah lama 'bercuti'.
Hahaha...macam pi jejauh je kan padahal seberang highway ja.
Bos siap pesan jangan wat keja berat-berat.Buat slow-slow...walk slow slow...hadessss.
Thanks bos coz ingat gak walaupon bos seorang lelaki dan belum berkahwin.

13 Mei 2013/Isnin
Hari ni kena wat BSP.Result pepagi kantoi.
Ada dalam entri lepas kot result BSP tu.

14 Mei 2013/Selasa
Patutnya kena review result BSP dengan doktor hari ni tapi misi lupa nak pesan suruh mai so saya pi keja macam biasa la.Tengahari tu misi col tanya awat tak mai.
Mau tak mau bagi la alasan tak dapat cuti padahal blurr-blurr masa misi tanya tu.

15 Mei 2013/Rabu
Tak key-in cuti dalam sistem lagi tapi dah pesan dah kat K.Ros cakap nak pi review result BSP dengan doktor.
Maybe ambik masa hapday ja.Lagi hapday nak masuk keja.
Dah plan kalau abes awai nak ajak K.Ros dan sorang lagi pi makan kat Gaint Bayan Baru.Ngidam Yong Tau Foo Sup dia.
Malam tu posa macam biasa.Last makan pukul 8 malam pastu disulami dengan air masak sampai pukul 10 malam.
Dan dah jangka memang misi suruh buat BSP gak pagi tu.
Result 5.9....kantoi lagi di situ.
Dan masa jumpa doktor dia tengok result....dia tanya itu ini last-last dapat surat soh check-in HSJ.

Misi tanya mai dengan apa.Kalau takda orang mai ambik depa nak anta pi HSJ nek ambulans.
Hohoho...takpa-takpa...saya mai sendiri tiap kali check-up ke apa.
So misi soh balik sarapan kemas-kemas apa yang patut pastu soh masuk HSJ sebelum tengahari.
Balik umah gitau suami kena masuk wad.Suami dah gelabah tapi saya rilek je la.Suami ke hulu ke hilir kuar masuk bilik.Awat tak tau.

Masa dalam keta suami diam je.Saya yang dok wat lawak kata 'malam ni ada orang tu nak kena tinggai...hihihi...'.
Sesaja mengusik suami tapi dia tetap diamLepas register terus ke wad 4.Register kat situ plak.Check BP,timbang dan ambik sample urine.
Lepas dah dapat katil dan baju pink..pi jumpa suami balik salam cium tangan siap pesan kata satgi kalau rajin mai la tengahari anta air mineral.Tadi lupa nak bawa.Biasa la...pestime masuk wad.

Lepas dan salin baju pink (rasa nak muntah bila sarung kain dia sebab bau hanyir darah) dok rilek-rilek atas katil.
Sebelah kiri katil kak Saniah...alahan teruk mengandung anak ke-3.Tak makan nasi dah sebulan.Just makan buah dan minum air ja.Kak Saniah kena masuk air kot tangan.
Belah kiri plak Iz.Dia tak tau dia ngandung anak ke-3.Period berpanjangan sampai 15 hari pastu stop 3 hari dan period mai balik macam biasa.Sakit pinggang dia pon pi klinik dan klinik terus bagi surat pi HSJ.
Lepas check air kencing Iz positif mengandung.
Petang tu scan baru tau ngandung 6 minggu dan baby dah kat bawah sangat-sangat tu yang turun darah.

12 tengahari sebelum makan misi ambik darah test BSP lagi.
Result tengahari tu 6.3....errrrkkkkk....
Pastu depa cucuk jarum ambik darah...wuuuuuu....sakitttttttttt.....

Lepas makan doktor mai tanya itu ini semua.Macam-macam soklan.Pastu ambik lagi darah kat tangan kanan plak nak test.
Suami mai tengahari tu anta mineral dan pantyliner.Standby dan lagipon saya memang selesa pakai tetiap masa kecuali tido.
Dalam pukul 3 petang misi panggil pi scan perut.Alhamdulillah...baby sihat.Baby 17 minggu tapi doktor cakap besar baby macam 18 minggu.
Pukul 6 petang misi ambik darah lagi test BSP.Result 4.1.
Doktor pesan jangan makan makanan luar sebab depa nak pantau gula dalam darah saya.Baiklahhhhh...
Terpaksa la makan nasi spital.Abes sebab lapar sangat-sangat.Lagipon lauk untuk orang kencing manis ni lain sikit.Kalau orang lain dapat 2 jenis lauk kami dapat 4 jenis....hik...hik..hik....tapi tawar je la rasa dia.
Petang tu suami dan Aini mai.Kebetulan Aini ada seminar kat Sunway Hotel.
Leh la sembang bergelak ketawa bagai.Iz yang baru kenai pon dah macam kenai lama dengan Aini dan suami.

Cukup jam misi akan mai check BP dan suhu takut-takut demam.
Malam tu sekali lagi misi mai ambik darah buat BSP.Result 4.3.
Dan sampai ke pukul 3 pagi takleh tido.
Dok ber FB....wechat...mesej dengan kawan-kawan dan suami.
Suami pon tak leh tido.Masa dok mesej suami tu boleh plak nangis.Tetiba je sayu plak rasa.
Last-last terlelap.Sedar pon misi gerak nak check BP pastu tido balik.

You Might Also Like

6 apa kata anda?

  1. tadi baca pgalaman jucy nak bersalin..ni baca kisah kena tahan wad lak...cik zai ampa ni nakai la dok usik cik abang ampa gtu..kecian dia...riso bini n anak...ehhe


    psst..kawalpemakanan ye n take care

    ReplyDelete
  2. masuk spital mmg sayu....sedih cemana ntah. apa pon jaga kandungan bebaik ye!

    ReplyDelete
  3. suami kak zai mesti risau sgt tue kan.

    ReplyDelete
  4. k.shida...hehehe...kami suka usik dia tp last2 kami yg nangis :p

    ReplyDelete
  5. kan ju kan...sedih dia cmna xtau bl dok spital ni

    ReplyDelete
  6. suami mn x risau bini dia...btl x kiera?

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^