Sabtu Ahad with family

9:50 PM

Assalamualaikum

Sekarang ni jarang-jarang dah wat entri.
Keja banyak.
Masa keja tak sempat nak taip entri sangat.
Bila balik umah asik nak tido ja.
Kunun letih sesangat la.

Sabtu lepas setel kemas umah bagai terus angkut baju kurung pi umah mak.
Hari ni kena jadi dreba mak dan makndak pi kenduri kawen sepupu sepapat kat Jelutong.
Sesambil tu pi melawat orang sakit.
Mood nak makan nasi kenduri takdak lansung.
Makan dua tiga suap terus tolak tepi.
Tahla...tekak takleh terima.

Sabtu jugak abang sulung with family balik dari Johor.
Kali ni abang balik layan mak macam MEM beso.
Takyah masak.Semua beli dari sarapan sampai la ke makan malam.
Sebab utama...hujung tahun ni family abang tak dapat balik kampung sebab dah start nak buka 2 buah kedai pakaian dan kelengkapan kat area Johor nun sebelum puasa.
Mana nak handle klinik...mana nak handle kedai.

Ahad pagi yang tak berapa nak pagi tu kami bertolak ke Padang Besar.
Abang saja bawa sopim sebelum sopim kat kedai sendiri nanti...hehehehe...
Cheq bila orang ajak pastu takyah drive...nek sebijik Starex sumbat 11 orang terus rasa sihat...terus boleh pi jenjalan.
Tapi spare jugak plastik, air dan gula-gula takut-takut loya.
Dapat la merembat baju berhelai-helai dan juga 2 jug air tahan panas dan sejuk.

Balik dari Padang Besar berjanji dengan 2 lagi abang with family nak makan kat Nurul Ikan Bakar Batu Uban Penang.
Abang beso mau belanja makan beso.
Semua 21 orang dan telah mengoder 6 ekor ikan siakap/jenahak, 4 hidang udang masak pedas, 4 hidang ketam sweet sour, 4 hidang sayur kailan, 4 hidang sotong goreng tepung, 4 hidang kerang bakar, 4 hidang ayam masak merah, 4 hidang buah-buahan dan 10 jug air buah serta nasi.

Sebelum meja penuh

Selesai sudaaaa....
Total yang perlu di bayar....errr....errr...hampir seribu hinggit.
Mau ketaq lutut kalau duit cheq yang kuar.....wuuuuuuuuuu......
Naseb la income abang beso tu beso angka dia so dia relax ja kuarkan cash....adehhhhh....

Hari ni Isnin depa plan nak pi makan tengahari ikan bakar kat area Kepala Batas tu.
Huhuhuhu...tak aci tau....cheq keja....jelezzzz....
Kalau tak leh menyelit sama...hehehehe....

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. makan smpai seribu~
    perghh..mmg puas la~

    ReplyDelete
  2. family beso, bayo pun mesti la beso. hihihihihi

    tekejut jugak bila kak zai bagitau harga tue

    ReplyDelete
  3. Liyza....tu la...family beso...saiz pon beso2...mau x beso hrga dia...hahahaha

    ReplyDelete
  4. kiera...kami lg la tkejut ms abg bgtau hrga dia....perrrghhh...leh byr duit sewa umah 3 bln dh tu...

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^