Open house kelas

10:02 AM

Lupa plak bab open house lepas nikah hari tu.
Cheq nikah dan kenduri 23 Ogos 2012 hari Kamis...pastu hari Sabtu tu 25 Ogos cheq ada kelas.
Wajib pi.
Nak tak nak malas camna pon kena gak pi.

Memember dah plan wat open house kat INTI.
Kebetulan hari Sabtu tu INTI tak ramai yang ada so kawasan kafeteria tu kami yang punya.
Cer tengok makanan penuh semeja.
Hat hujung-hujung tu depa dok pulun potong ketupat pulut dan nasi himpit.

Yang ni versi kuih raya a.k.a manisan.
Pakat bawak sorang cikit.

Memang kenyang sungguh hari tu.
Masuk kelas balik mata memasing dah tak larat nak buka.
Penangan ketupat :)


You Might Also Like

4 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^