Tok kadi lupa...tidak..tidak...tidak...
10:21 PM
Assalamualaikum
Tengahari tadi cheq mendapat jemputan dari keluarga pengantin perempuan untuk menghadiri majlis akad nikah pasangan W & S.
Majlis resepsinya plak pada bulan Ogos selepas raya.
Bilik tido yang simple |
Waktu cheq dan sorang kawan sampai pengantin dan keluarga sibuk bersiap nak ke masjid untuk akad nikah selepas Zohor.
Tinggallah kami berdua serta sedara-mara yang sibuk di dapur.
Tunggu punya tunggu rombongan pengantin pon tiba.
Ingatkan semuanya dah selesai tapi rupa-rupanya depa belom bernikah lagi.
Kenapakah?
Kenapakah??
Rupa-rupanya tok kadi terlupa ada majlis tengahari tu.
Tok kadi siap pi makan kenduri kat mana tah pastu sesat masa balik.
Sebab lambat sangat menunggu...dah dekat pukul 3 petang dah time tu depa pakat balik makan nasik dulu dan tok kadi janji akan datang ke rumah untuk nikahkan pasangan.
Gambar dari kejauhan |
Disebabkan dah dapat energy pas makan dengan sekali lafaz oleh pengantin lelaki...pasangan ini sah menjadi suami isteri.
Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat pasangan W & S.
Walaupon ada dugaan pada awalnya tapi majlis berjalan dengan lancar.
Notakukukakiku:~Moga majlis cheq nanti berjalan dengan lancar....amin....
2 apa kata anda?
semoga dipermudahkanNya Amin2
ReplyDeletekiera...amin...
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^