Nikah Kahwin | 10 Ramadhan | Interview dengan tok kadi

9:00 PM

Nikah Kahwin | 10 Ramadhan | Interview dengan tok kadi


Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik dah 10 hari kita posa.
Cepat masa berlalu.Lagi 20 hari dah nak raya.Bape hari pastu dah nak tukar status.....wuuuuuuuuuu....

Hari ni restday.Ingat nak pi OT tapi nak setelkan keja dulu pastu baru leh pikiaq benda lain.
Dari hari Jumaat dok menunggu kotak oren ni akhirnya sampai gak.
Berpuas ati dengan barang dia sampaikan mak tegur cakap nanti nampak beza plak.
Beza apa???Nanti-nanti ampa leh tau gak :p


Dapat ja kotak oren ni terus bersiap-siap nak pi pejabat agama.
Nak submit form dan interview untuk kawen.
Tak macam dulu-dulu.Nak kawen pi umah tok kadi dengan wali pastu sembang-sembang pastu cop sign.
Belah Penang dah start interview kat pejabat agama.
Belah ampa camna plak?Kena interview kat pejabat agama gak ka?
Nebes gila masa dok tunggu tu.
Lama plak tu sebab ramai bakal pengantin lelaki mai submit form hari ni.

Hat sorang tu dekat sejam dia kena interview.Lama gila.....
Lepas dia turn saya plak.Tak lama mana pon dalam 15 menet ja...hihihihi.....
Ustaz tu tanya sekolah mana dulu.Bila saya habaq sekolah mana teruih dia kata...
'Hang mesti dah terer dah bab agama neh.Mesti dah belajaq sampai bab kawen bab talaq.Tak payah dok tanya lebih-lebih la no.Kita sembang-sembang pastu saya bagi nasihat sikit la bab-bab bila Allah bagi rezeki anak kat hang nanti.'

Fuhhh...lega gila bila ustaz habaq camtu.
Tapi time dia dok bagi nasihat tu saya selit-selit la hat mana saya tau cikit-cikit bagi dia konpiden.
Alhamdulillah semua selesai dengan cepat.
Dah boleh fokus benda lain plak.

Dari pejabat agama terus pi ambik kad kawen.
Dah siap dah...yessss....dan lani dok lipat kad dan masukkan kad dalam sampul.
Insyaallah esok dah mula nak edar kat kawan-kawan opis dulu.
Dah ada orang tanya dah.Pastu nak kena isi borang kawen kat HR.

Umah dah mula penuh dengan beg plastik berisi barang kenduri.
Sekarang pon sibuk dok kemas bilik dan kosongkan almari :)

You Might Also Like

2 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^