Pangkor ---- Genting

9:23 AM

Assalamualaikum

Just nak share beberapa pic masa pi Pangkor dan Genting sempena cuti Kismes + Company Shutdown baru-baru ni dari hari Ahad sampai hari Selasa.

Bertolak ke Lumut pada hari Ahad 25 Dec 2011 seawal jam 8 pagi tapi sampai di homestay kat Pangkor jam 3.30 petang sebab beratur panjang masa nak naik bot ke sana.
Orang punya la ramai sampai bersesak-sesak.
Dalam pic ni nampak macam takdak orang tapi kat dalam tu punya la ramai.

Ini la percutian 'keluarga' sebab semua ni macam sedara-mara la jugak.Ada lagi 3 orang takdak dalam ini gambar.
 Walaupon panas lit-lit tapi gagah gak semua nak bergambar dengan permandangan yang indah.

Dah balik dari Pangkor baru la nak snap pic kat sini...hehehe...masa datang tu terlampau ramai sangat orang so segan cikit.

Balik dari Pangkor hari Selasa tu perjalanan diteruskan ke tempat yang ada kabus-kabus dan sejuk.
Dah brapa hari berpanas so kena la plak pi tempat sejuk baru best.



Tapi disarankan kalau nak pi bercuti-cuti seronok-sronok macam kat Genting ni pi la hari biasa dan bukan waktu cuti sekolah ke atau perayaan.Punya la ramai orang sampaikan satu permainan kena beratuq hampir 2 jam.Dapat la main 4 permainan ja hari tu.Nak-nak plak pi Genting balik hari lagi la rugi.Lenguh kaki dok berdiri nak naik satu-satu game tapi main tak sampai 10 minit pon...huhuhu...



notakukukakiku :~ bulan depan cuti CNY plak....errr..company shutdown lagi tak?mau pi mana plak ye...

You Might Also Like

0 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^