KBU WE CARE | Kembara Ramadhan

9:18 AM

KBU WE CARE | Kembara Ramadhan


Assalamualaikum

Alhamdulillah setelah lama menyepi dari aktiviti dengan budak-budak KBU akhirnya saya menjoinkan diri dalam Kembara Ramadhan.




20 Ogos 2011

Program ini dianjurkan oleh Persatuan Belia MAYC Perlis dengan kerjasama Kelab Blogger Utagha.Beberapa minggu sebelum majlis berlansung orang kuat KBU dok bertungkus mengumpul sumbangan ikhlas dari rakan-rakan KBU serta dari bukan ahli KBU.Tak sangka sumbangan mencecah sehingga RM13**.Alhamdulillah.Seramai 28 orang ahli KBU menyertai Program Kembara Ramadhan buat julung kali ini.Ahli dari Penang bertolak jam 2.15 petang dan berhenti di RnR Gurun menunggu ahli dari area Sg. Petani.Selepas itu kami sama-sama berkonvoi ke rumah cik bendahari untuk mengambil barang-barang sumbangan.Sesampai di rumah cik bendahari waktu sudah agak lewat.Semua ahli yang join program ni dah pon berkumpul.




Selepas selesai urusan di rumah cik bendahari kami berkonvoi ke Perlis untuk bertemu dengan ahli-ahli KBU dari Perlis plak.Time ni kami berkonvoi ke Kg. Padang Melangit.Suasana kampung membuatkan moment ini sangat-sangat indah.




Inilah sebahagian sumbangan kutipan derma ikhlas yang dikumpul oleh KBU.




Sumbangan ini disumbangkan untuk warga emas dan juga anak-anak yatim Kg. Padang Melangit.




Aktiviti semasa ahli KBU...pantang nampak kamera mesti nak bergambar.Kalau nak tengok gambar-gambar budak KBU ni klik la mana-mana versi kat bawah nun...mesti tak rugi.



Selepas berbuka puasa kami bertolak plak ke Dataran Keris kat Pekan Kangar.Ada sesi ice breaking...sesi bergambar serta sesi main bunga api.Memang sempoi....






Tak sia-sia saya korbankan OT sehari sebab nak mengekor budak-budak KBU dalam Program Kembara Ramadhan ni.Moga derma sumbangan ikhlas dari semua pihak dapat mengembirakan warga emas dan anak-anak yatim di Kampung Padang Melangit Perlis.



Versi lagi sempoi pasai Kembara Ramadhan KBU sila la jengah blog-blog depa plak:-

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. trima kasih cik zai sudi memeriahkn program kali nie...

    smoga OT yg cik zai korbankn tue akan dibalas dengan 10 kali ganda kebaikan lagi hendaknya.. amin

    ReplyDelete
  2. sama2 kaseh cik bendahari...
    amin...moga2 la hendaknya

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^