Tayar Pancit Dapat Diatasi Dengan KRONOS Flat No More, Tyre Sealant & Inflator

4:44 PM

Assalamualaikum
 
Tayar Pancit Dapat Diatasi Dengan KRONOS Flat No More, Tyre Sealant & Inflator.
 
Ha…apa pula KRONOS KRONOS ni? Ni nak bagitau berita baik untuk wanita di luar sana yang memandu bersendirian ke tempat kerja atau ke mana saja. KRONOS Flat No More, Tyre Sealant & Inflator adalah penyelamat anda bila tayar pancit tau. Eh…bukan saja untuk wanita tapi lelaki pun boleh guna. Tapi produk ini merupakan penyelamat wanita yang tak tahu menukar tayar bila tayar pancit macam saya….hihihi….
 




Saya memang hari-hari memandu ke tempat kerja. Sabtu Ahad pula akan memandu ke rumah mak bersendirian bersama anak kecil. Dah banyak kali juga alami tayar kereta pancit ni. Pernah dah nak sampai tempat kerja tayar pancit dan kebetulan hari tu datang lambat, terus memandu perlahan sampai ke bengkel berdekatan untuk dibaiki. Nasib juga tayar tak rosak teruk. Pernah juga memandu waktu malam pulang dari rumah mak tayar pancit tengah jalan. Malam kan…nak tak nak kena telefon suami minta tukarkan tayar. Berejam juga la tunggu suami nak sampai kat kita ni. Mati kutu tunggu kat tepi jalan dengan anak kecil ni. TAKUTTTTTT!!!!!!! Nak minta orang tukarkan tayar malam-malam takut. Bila dapat tau ada produk yang dapat atasi masalah tayar pancit memang teruja nak ada satu.
 


Bila dah ada KRONOS Flat No More, Tyre Sealant & Inflator ni kat tangan takdelah rasa panik lagi bila tayar pancit. Dengan cara penggunaan yang mudah, tayar pancit boleh dibaiki sendiri. Jom tengok cara penggunaan KRONOS Flat No More.
 

 
KRONOS Flat No More Tyre Sealant & Inflator
KRONOS Flat No More mampu selamatkan tayar anda
 
KRONOS Flat No More mampu menampal kebocoran lubang tayar yang bersaiz 6 mm. Jangan pula tayar dah pecah teruk sampai nak tercabut korang pam guna KRONOS Flat No More….hihihi… Produk ini tidak merosakkan rim dan tayar. Selepas menggunakan Sealant ini korang dinasihatkan memandu sejauh 3-5 km dengan segera untuk meratakan sealant ke seluruh permukaan dalam tayar
 
 
Fakta Perlu Tahu Tentang KRONOS Flat No More Tyre Sealant & Inflator :-
  •  Tidak perlu tukar tayar
  • Senang untuk digunakan
  • Tampalkan lubang tayar dalam 90 saat
  • Tidak memerlukan sebarang peralatan
  • Tidak merosakkan tayar dan rim kereta
  • Formula yang mesra alam dan tidak mudah terbakar
  • Dibuat daripada 100% polimer organik
  • Jangka hayat selama 3 tahun dari tarikh pengilangan
  • Waranti 2 tahun (tarikh luput adalah 3 tahun dari tarikh ianya dikeluarkan
 


Jadi korang kena ada satu KRONOS Flat No More dalam bonet kereta korang untuk kecemasan. Boleh di simpan dalam bonet kereta atau di bawah tempat duduk . Produk ini diedarkan oleh DKS INTERNATIONAL SDN BHD untuk pasaran di Malaysia yang mempunyai isi kandungan sebanyak 650ml. Harga pengenalan yang ditawarkan adalah RM49.99 sahaja. Murahkan?
 
Untuk maklumat lanjut sila layari:
 
Tel : +601126073633

 
Eh...sebelum terlupa, jangan lupa untuk “LIKE” dan “FOLLOW” media sosial KRONOS Flat No More kerana ada tawaran istimewa pada bulan Mac ini, setiap pembeli layak untuk menyertai cabutan bertuah dengan hadiah yang ditawarkan adalah  LATTISSIMA TOUCH NEPRESSO COFFEE MAKER yang berharga RM1699. Apa tunggu lagi. Dapatkan KRONOS Flat No More, Tyre Sealant & Inflator untuk kegunaan kecemasan anda.

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. bagus produk nih
    kalau dulu2 ada mesti lagi senang bila tayar tiba2 pancit

    ReplyDelete
  2. senanglah dah ada ni,takdelah risau kalau tayar pancit kan

    ReplyDelete
  3. Memudahkan kerja ni ada produk ni xyah bergantung dah kat orang lain

    ReplyDelete
  4. bagus ada produk macam ni terutamanya buat kita orang perempuan.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^