Shopping barang baby di Sunshine Baby & Children Expo

10:33 AM

Assalamualaikum. Lama tak bersiaran. Lepas balik bercuti dari rumah abang sulung saya di Sungai Rengit Johor masa cuti raya cina baru ni terus demam panas. Seminggu juga la demam sementara nak kebah tu. Hilang demam datang pula batuk, kahak dan selsema.


anak menantu cucu tok Besah


Badan ibu mengandungkan tak berapa kuat. Jalan jauh pula. 12 jam perjalanan pergi dan 10 jam perjalanan balik. Kurang air kurang tidur terus datang sakit. Nasiblah sampai Penang baru start demam. Kalau masa dalam perjalanan tu cemana la agaknya ye.

Inilah demam paling teruk sepanjang 7 bulan mengandung. Phewww...seksa. Segala plan nak pi shopping barang baby semua terbantut.

Rabu lepas masa tengah keja tetiba kawan ajak ke Sunshine Baby & Children Expo kat Bayan Baru. Bagaikan pucuk di cita ulam mendatang terus setuju. Iyelah, baucer Sunshine yang saya dapat beratus hari tu pun belum guna lagi. Ada yang expired bulan April 2018 ada yang bulan Disember 2018. Jadi mohler perabis beli barang-barang, kang expired rugi je. Nak tunggu abahnya asyiklah tertangguh-tangguh.

Tak banyak sangat barang yang ada tapi bila sampai kat baju-baju baby terus rambang mata. Semua berkenan. Adoiiii....sampai taktau nak pilih mana satu. Almaklum la dah 4 tahun tak beli baju baby. Abang Aqil pun dah pakai baju size budak 7 8 tahun dah.

Sempat la rembat 7 pasang baju baby jenama Kikilala. Amboi adik baby, kali ni pakai baju jenama best sikit ye. Dulu abang Aqil pakai jenama Fiffy je...hihihihi...Dah lepas bersalin baru beli jenama Disney. Beli juga tuala 2 helai, diaper newborn dan set mandian bayi. Itupon belum habis guna baucer yang ada.

Sunshine Baby & Children Expo ni berlansung dari 28 Februari hingga 4 Mac 2018 di Level 4, Sunshine Square Banquet Hall sehingga stok masih ada. Kita tengok ramai Chinese angkut diaper jenama Merries. Memang bagus ke jenama ni?

Untuk pengunjung yang datang awal dan share tentang Sunshine Baby & Children Expo ni di Facebook akan dapat goodie bag. Isinya berlainan untuk setiap bag. Saya dapat yang ni.


Jom ke Sunshine Baby & Children Expo. Ada tiga hari lagi untuk korang shopping barangan baby dengan harga murah. Pembelian RM150 ke atas dalam satu resit berpeluang menyertai peraduan cabutan bertuah dengan hadiah yang menarik.

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. wahh memang akan rambang mata betul la kalau pergi expo camni nak-nak barangan baby tu semua comel-comel cute-miut semuanya. ciktie pun suka

    ReplyDelete
  2. wahhhh
    mesti seronok shopping dekat expo macam nih :)

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^