Result HbA1c Normal | Alhamdulillah

10:00 AM


Assalamualaikum. Lama sungguh tak bersiaran. Kali ni nak cerita berita gembira untuk pregnancy kali ni.

Masa mengandungkan Aqil dulu saya disahkan menghidap kencing manis sewaktu mengandung. Siap cucuk insulin 4 kali sehari. Setakat nak jadi nurse cucuk-cucuk perut tu dah biasa dah. Dah mangli orang Utara kata.

Untuk pregnancy kali ni ambil darah untuk HbA1c test bagi penghidap kencing manis macam saya. Darah di ambil pagi 26 Disember 2017 pada hari yang sama saya diarahkan masuk wad Hospital Bukit Mertajam.


Alhamdulillah, result saya NORMAL. Lega sangat-sangat. Share berita gembira dengan kawan-kawan, diorang tanya apa resepi saya kali ni. Takde rahsia atau resepinya. Masa mengandung Aqil dulu makan tak kira masa. Kalau lapar jam 11 malam pun sanggup ajak suami keluar makan nasi kandar. Semua bedal makan. Teh ais tu memang wajib hari-hari tiap malam. Tak mustahil memang gula dalam darah tinggi masa tu.

Untuk kali ni saya agak memilih bab makanan. Nasi waktu malam amat-amat kurang. Boleh di kira dengan jari hari saya makan nasi. Kadang tu balik kerja masak nasi untuk suami dan Aqil tapi tak makan pon. Saya makan benda-benda lain. Waktu akhir makan waktu malam paling lewat jam 8 malam. Kalau lapar sangat-sangat tengah malam tu saya jamah biskut 2 3 keping. Harap-harap tak lekat la kencing manis di hujung-hujung kandungan nanti. Taknak la kena paksa bersalin awal atau czer lagi kali ni. Nak juga bersalin normal.

Share la pengalaman korang sewaktu mengandung macam mana.

You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. Alhamdulillah kan. Itulah dulu tak ada masalah kencing manis. HB kurang ada laa terutamanya masa mengandung kat Kimie.

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan urusan..

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. A SFRNFZL Giveaway
    2. Yaeyyyy.. Menang GA Pokcikblogger

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^