TASNEEM NATUREL BALM | PENYELAMAT IBU DI RUMAH
9:03 AM
Assalamualaikum. Hai korang. Ni mama nak bagitau benda baik
ni. Mama dah jumpa kawan penyelamat mama untuk si bujang Aqil. Eh…bukan takat
si bujang Aqil je tapi penyelamat mama saat berbadan dua ni…hihihihi. Korang
pun harus dapatkan penyelamat ni simpan kat rumah korang tau. Nindia mama nak
perkenalkan 4 sekawan yang membantu mama kat rumah tika ini, TASNEEM NATUREL
BALM.
TASNEEM NATUREL BALM ni ada 4 jenis iaitu CALM TIME, SLEEP TIME, TUMMY TIME dan COUGHFLU TIME. Semua mama dah guna. Ada yang mama guna
untuk diri sendiri dan ada mama guna untuk si bujang Aqil. Tasneem Naturel balm
ini diperbuat 100% dari bahan semulajadi. Ia TIADA PARABEN, TIADA SLS dan TIADA BAHAN
KIMIA. Jadi korang akan rasa selamat nak gunakan balm ni untuk anak korang.
Yang paling penting bahan yang digunakan adalah dari 100% minyak pati yang
terpilih, beewax, sheabutter dan sweet almond oil. Setiap satu jenis balm ini
di campur lebih dari 5 jenis essential oil (minyak pati) yang best dengan bau
yang sedap dan menyenangkan.
Jadi tak hairanlah jika Tasneem Naturel Balm ini memberi
manfaat pada seisi keluarga kerana ia amat sesuai digunakan untuk bayi yang
baru lahir hinggalah orang dewasa. Ia sesuai dipakaikan pada bayi kerana ia
TIDAK PANAS, TIDAK MELEKIT dan TAK PEDIH. Kiranya korang boleh gantikan minyak
telon bayi dengan Tasneem Naturel Balm.
Jom tengok apa fungsi setiap satu kawan baru mama ni.
COUGHFLU TIME
Ini kawan pertama mama. Yang pertama sekali mama cuba untuk
Aqil. Sejak Aqil masuk tadika balik ni asyik selsema dan batuk saja. Mungkin
berjangkit di tadikanya, mungkin juga kerap terkena hujan sewaktu nak pergi dan
balik dari tadika atau mungkin sebab mandi di awal pagi. Bila tidur malam mesti
batuk-batuk sampai nak muntah. Hidung pun dah berkerak ja mama tengok. Mama
sapukan COUGHFLU TIME ni kat batang hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki
dan dada dia. Alhamdulillah tidur malam takde batuk-batuk lagi. Selsema pun
kering elok saja. Dengan bau lemon ia amat menyegarkan. Sepanjang tempoh 3 hari
percubaan pada Aqil mama tak bagi Aqil makan ubat klinik lansung dan ianya amat
berkesan. Terima kasih CF Time kerana bantu mama hilangkan batuk dan selsema
Aqil.
Coughflu Time di sapu pada hidung, tekak, tulang belakang,
tapak kaki dan dada :-
- Membantu mengurangkan selsema dan cairkan kahak
- Membantu melegakan asthma
- Mengurangkan suhu ketika demam
Antara ramuan atau essential oil yang digunakan dalam CF
Time :-
Lemon, sweet orange, eucalyptus, cypress dan tea tree
CALM TIME
Kawan kedua mama ni paling mama suka. Sejak mengandung ni badan
mudah letih. Silap sikit mesti nak marah-marah. Stress dengan kerja balik rumah
dengan hal rumah lagi. Sapu CALM TIME ni kat diri sendiri rasa lebih rilek dan
tenang. Bau pun sedap. Takdelah kat tempat kerja bau minyak angin je…hahahaha….
Calm Time ini perlu di sapu di tulang belakang, tapak kaki,
nadi belakang telinga serta pergelangan tangan :-
- Memberikan keselesaan kepada bayi
- Mengurangkan keletihan dan tekanan
- Membantu anak lebih tenang
Ramuan atau essential oil yang digunakan dalam Tummy Time :-
Lavender, naval orange, tangerine, geranium, marjoram,
frankinsense, bergamot dan chamomile
SLEEP TIME
SLEEP TIME ni mama guna untuk Aqil dan diri sendiri. Aqil ni
jenis susah nak tidur selagi mama abah dia tak tidur. Selagi mama tak habis buat
kerja rumah selagi tu dia tunggu taknak tidur. Sejak dah tadika ni kena paksa
dia tidur awal sebab dia akan bangun awal jam 6.30 pagi ikut mama keluar nak
pergi kerja. Bila tidur lambat, susahlah nak bangun. Asal bangun je mesti nak
menangis meragam. Mama sapu Sleep Time ni cuba-cuba kat dia. Dalam dok
bergolek-golek layan Aqil menyanyi tanya apa dia belajar kat tadika
tengok-tengok dah lena di ulit mimpi dah pun. Senang kerja mama dia. Esok tu
bangun pagi panggil-panggil nama dia terus dia bangun tanpa meragam. Wah…memang
berkesan. Dan sekarang Aqil akan sapu sendiri Sleep Time ni. Nampak gaya dia
pun suka.
Mama pun cuba untuk diri sendiri juga. Almaklumlah dah berbadan dua
ni tidur pun dah tak jerap sangat. Bila pakai Sleep Time, sedar-sedar bunyi jam
loceng mama jam 5.15 pagi. Lena dengan nyenyak sekali.
Sleep Time ni korang sapu di tulang belakang, tapak kaki,
nadi belakang telinga serta pergelangan tangan :-
- Membantu anak supaya mudah tidur lena
- Membantu anak bangun dalam mood ceria
- Memperbaiki kualiti tidur
Ramuan atau essential oil yang digunakan dalam Sleep Time :-
Cedar, vetiyer, roman chamomile, sweet orange, marjoram,
tangerine fruit fermet dan ylang ylang
TUMMY TIME
Ini kawan ke-empat mama. TUMMY TIME ni mama guna untuk diri
sendiri. Orang berbadan dua ni dia macam-macam ragam. Makan supplement vitamin
untuk orang mengandung kadang-kadang tu mendatangkan sembelit. Fuh…bila
sembelit, dia punya rasa memang boleh merosakkan mood. Baru-baru ni sembelit
datang lagi. 2 hari jugakla mama berada dalam keadaan tak selesa. Mama sapukan
kat perut dan tapak kaki rasa sebu berangin dalam perut pun hilang. Elok pula
lepas sejam pada tu mama membuang tanpa perlu bekerja keras dalam
tandas….hahahaha. Iskh…korang jangan rasa jijik pula tapi ni mama cerita sebab
berkesannya Tummy Time ni kat mama. Kalau korang ada anak kecil yang selalu
sembelit rasanya korang patut ada Tummy Time ni kat rumah. Berguna
sangat-sangat.
Tummy Time di sapu pada perut dan tapak kaki :-
- Membuang angin dalam perut
- Membantu melegakan perut sebu dan kembung
Ramuan atau essential oil yang digunakan dalam Tummy Time :-
Fennel, ginger, wild mint, tangerine, patchouli, lemongrass,
anise dan juniper
Tasneem Naturel Balm ini mempunyai NOT KKM yang berbeza
untuk setiap jenis dan ianya 90% berkesan pada pengguna. Harga untuk setiap
satu jenis balm seiring dengan keberkesanan dan ramuannya. Balm ini sangat
jimat dan penggunaannya boleh tahan sehingga 3 bulan. Yang lagi best, ianya
kecil dan mudah untuk di bawa kemana-mana. Mama memang selit Calm Time dan
Tummy Time dalam beg kerja setiap hari.
Tasneem Naturel Balm ini dibuat di Kilang OEM bertaraf
GMP(good manufacturing practices) dan ianya produk Muslim.
Harga pembelian produk Tasneem Naturel Balm untuk tahun 2018. Amacam...jimat banyak tak kalau beli banyak-banyak. Harga belum masuk postage ye.
Harga pembelian produk Tasneem Naturel Balm untuk tahun 2018. Amacam...jimat banyak tak kalau beli banyak-banyak. Harga belum masuk postage ye.
Kalau korang berminat untuk mendapatkan produk ini boleh ke :-
TASNEEM NATUREL NETWORK
15-1, JALAN PUTRA KAJANG,
TAMAN PUTRA KAJANG,
43000 KAJANG, SELANGOR
HOTLINE:
011-20964665 (ORDER)
010-8453469 (DAFTAR AGEN & STOKIS)
Instagram: TASNEEM NATUREL (OFFICIAL HQ)
Facebook : TASNEEM NATUREL HQ
5 apa kata anda?
good sharing sis !
ReplyDeleteainy suka yang sleep time tu kak. best je bila sapu tiap2 malam. terima kasih atas perkongsiannya kak. kita follow ya.
ReplyDeleteBekas comel je ha. Produk naturals macam ni memang memuaskan :)
ReplyDeletemokcik pon ada satu set. memang berguna untuk seisi keluarga. Tak rugi beli tau
ReplyDeletewah bagus tu boleh guna untuk seisi keluarga
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^