TASNEEM NATUREL BALM | PENYELAMAT IBU DI RUMAH

9:03 AM

Assalamualaikum. Hai korang. Ni mama nak bagitau benda baik ni. Mama dah jumpa kawan penyelamat mama untuk si bujang Aqil. Eh…bukan takat si bujang Aqil je tapi penyelamat mama saat berbadan dua ni…hihihihi. Korang pun harus dapatkan penyelamat ni simpan kat rumah korang tau. Nindia mama nak perkenalkan 4 sekawan yang membantu mama kat rumah tika ini, TASNEEM NATUREL BALM.
 


TASNEEM NATUREL BALM ni ada 4 jenis iaitu CALM TIME, SLEEP TIME, TUMMY TIME dan COUGHFLU TIME. Semua mama dah guna. Ada yang mama guna untuk diri sendiri dan ada mama guna untuk si bujang Aqil. Tasneem Naturel balm ini diperbuat 100% dari bahan semulajadi. Ia TIADA PARABEN, TIADA SLS dan TIADA BAHAN KIMIA. Jadi korang akan rasa selamat nak gunakan balm ni untuk anak korang. Yang paling penting bahan yang digunakan adalah dari 100% minyak pati yang terpilih, beewax, sheabutter dan sweet almond oil. Setiap satu jenis balm ini di campur lebih dari 5 jenis essential oil (minyak pati) yang best dengan bau yang sedap dan menyenangkan.
 
Jadi tak hairanlah jika Tasneem Naturel Balm ini memberi manfaat pada seisi keluarga kerana ia amat sesuai digunakan untuk bayi yang baru lahir hinggalah orang dewasa. Ia sesuai dipakaikan pada bayi kerana ia TIDAK PANAS, TIDAK MELEKIT dan TAK PEDIH. Kiranya korang boleh gantikan minyak telon bayi dengan Tasneem Naturel Balm.
 
Jom tengok apa fungsi setiap satu kawan baru mama ni.
 

COUGHFLU TIME

 


Ini kawan pertama mama. Yang pertama sekali mama cuba untuk Aqil. Sejak Aqil masuk tadika balik ni asyik selsema dan batuk saja. Mungkin berjangkit di tadikanya, mungkin juga kerap terkena hujan sewaktu nak pergi dan balik dari tadika atau mungkin sebab mandi di awal pagi. Bila tidur malam mesti batuk-batuk sampai nak muntah. Hidung pun dah berkerak ja mama tengok. Mama sapukan COUGHFLU TIME ni kat batang hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki dan dada dia. Alhamdulillah tidur malam takde batuk-batuk lagi. Selsema pun kering elok saja. Dengan bau lemon ia amat menyegarkan. Sepanjang tempoh 3 hari percubaan pada Aqil mama tak bagi Aqil makan ubat klinik lansung dan ianya amat berkesan. Terima kasih CF Time kerana bantu mama hilangkan batuk dan selsema Aqil.
 
Coughflu Time di sapu pada hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki dan dada :-
  • Membantu mengurangkan selsema dan cairkan kahak
  • Membantu melegakan asthma
  • Mengurangkan suhu ketika demam
 
Antara ramuan atau essential oil yang digunakan dalam CF Time :-
Lemon, sweet orange, eucalyptus, cypress dan tea tree
 

CALM TIME

 


Kawan kedua mama ni paling mama suka. Sejak mengandung ni badan mudah letih. Silap sikit mesti nak marah-marah. Stress dengan kerja balik rumah dengan hal rumah lagi. Sapu CALM TIME ni kat diri sendiri rasa lebih rilek dan tenang. Bau pun sedap. Takdelah kat tempat kerja bau minyak angin je…hahahaha….
 
Calm Time ini perlu di sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga serta pergelangan tangan :-
  • Memberikan keselesaan kepada bayi
  • Mengurangkan keletihan dan tekanan
  • Membantu anak lebih tenang
 
Ramuan atau essential oil yang digunakan dalam Tummy Time :-
Lavender, naval orange, tangerine, geranium, marjoram, frankinsense, bergamot dan chamomile
 

SLEEP TIME

 


SLEEP TIME ni mama guna untuk Aqil dan diri sendiri. Aqil ni jenis susah nak tidur selagi mama abah dia tak tidur. Selagi mama tak habis buat kerja rumah selagi tu dia tunggu taknak tidur. Sejak dah tadika ni kena paksa dia tidur awal sebab dia akan bangun awal jam 6.30 pagi ikut mama keluar nak pergi kerja. Bila tidur lambat, susahlah nak bangun. Asal bangun je mesti nak menangis meragam. Mama sapu Sleep Time ni cuba-cuba kat dia. Dalam dok bergolek-golek layan Aqil menyanyi tanya apa dia belajar kat tadika tengok-tengok dah lena di ulit mimpi dah pun. Senang kerja mama dia. Esok tu bangun pagi panggil-panggil nama dia terus dia bangun tanpa meragam. Wah…memang berkesan. Dan sekarang Aqil akan sapu sendiri Sleep Time ni. Nampak gaya dia pun suka.


Mama pun cuba untuk diri sendiri juga. Almaklumlah dah berbadan dua ni tidur pun dah tak jerap sangat. Bila pakai Sleep Time, sedar-sedar bunyi jam loceng mama jam 5.15 pagi. Lena dengan nyenyak sekali.
 
Sleep Time ni korang sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga serta pergelangan tangan :-
  • Membantu anak supaya mudah tidur lena
  • Membantu anak bangun dalam mood ceria
  • Memperbaiki kualiti tidur
 
Ramuan atau essential oil yang digunakan dalam Sleep Time :-
Cedar, vetiyer, roman chamomile, sweet orange, marjoram, tangerine fruit fermet dan ylang ylang
 

TUMMY TIME

 


Ini kawan ke-empat mama. TUMMY TIME ni mama guna untuk diri sendiri. Orang berbadan dua ni dia macam-macam ragam. Makan supplement vitamin untuk orang mengandung kadang-kadang tu mendatangkan sembelit. Fuh…bila sembelit, dia punya rasa memang boleh merosakkan mood. Baru-baru ni sembelit datang lagi. 2 hari jugakla mama berada dalam keadaan tak selesa. Mama sapukan kat perut dan tapak kaki rasa sebu berangin dalam perut pun hilang. Elok pula lepas sejam pada tu mama membuang tanpa perlu bekerja keras dalam tandas….hahahaha. Iskh…korang jangan rasa jijik pula tapi ni mama cerita sebab berkesannya Tummy Time ni kat mama. Kalau korang ada anak kecil yang selalu sembelit rasanya korang patut ada Tummy Time ni kat rumah. Berguna sangat-sangat.
 
Tummy Time di sapu pada perut dan tapak kaki :-
  • Membuang angin dalam perut
  • Membantu melegakan perut sebu dan kembung
 
Ramuan atau essential oil yang digunakan dalam Tummy Time :-
Fennel, ginger, wild mint, tangerine, patchouli, lemongrass, anise dan juniper
 
Tasneem Naturel Balm ini mempunyai NOT KKM yang berbeza untuk setiap jenis dan ianya 90% berkesan pada pengguna. Harga untuk setiap satu jenis balm seiring dengan keberkesanan dan ramuannya. Balm ini sangat jimat dan penggunaannya boleh tahan sehingga 3 bulan. Yang lagi best, ianya kecil dan mudah untuk di bawa kemana-mana. Mama memang selit Calm Time dan Tummy Time dalam beg kerja setiap hari.
 
Tasneem Naturel Balm ini dibuat di Kilang OEM bertaraf GMP(good manufacturing practices) dan ianya produk Muslim.


Harga pembelian produk Tasneem Naturel Balm untuk tahun 2018. Amacam...jimat banyak tak kalau beli banyak-banyak. Harga belum masuk postage ye.
 



Kalau korang berminat untuk mendapatkan produk ini boleh ke :-
 
 
TASNEEM NATUREL NETWORK
15-1, JALAN PUTRA KAJANG,
TAMAN PUTRA KAJANG,
43000 KAJANG, SELANGOR
 
HOTLINE:
011-20964665 (ORDER)
010-8453469 (DAFTAR AGEN & STOKIS)
 
Instagram: TASNEEM NATUREL (OFFICIAL HQ)
 
Facebook : TASNEEM NATUREL HQ
 

You Might Also Like

5 apa kata anda?

  1. ainy suka yang sleep time tu kak. best je bila sapu tiap2 malam. terima kasih atas perkongsiannya kak. kita follow ya.

    ReplyDelete
  2. Bekas comel je ha. Produk naturals macam ni memang memuaskan :)

    ReplyDelete
  3. mokcik pon ada satu set. memang berguna untuk seisi keluarga. Tak rugi beli tau

    ReplyDelete
  4. wah bagus tu boleh guna untuk seisi keluarga

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^