2018 | Aqil Back To School

4:09 PM

Assalamualaikum. Dah hari ke-4 Aqil kembali ke sekolah tadikanya. Alhamdulillah dah makin besar dan takde drama menangis meraung ke apa cumanya liat bangun pagi sebab masa cuti sekolah dok bangun lambat.


Cumanya dia taknak pakai baju sekolah. Nak pakai baju sukan. Layankan aja. Kang tak memasal taknak pergi sekolah pula.

Pagi tu saya hantar dan bayar yuran sekolah Aqil, dengar taklimat dan terus balik nak ke klinik kesihatan checkup baby dalam perut pula. Dah setel urusan di klinik baru ambil Aqil itupun agak lambat dari orang lain. Masuk je kereta balik dari sekolah hari pertama tu terus dia cakap...

Aqil : Mama...Aqil tak nangiskan...Aqil dah besar kan...kan...kan...

Saya : Macam ni la anak mama. Dah besar dah tak nangis. Berani....Aqil kan dah nak jadi abang, mana boleh nangis-nangis.

Aqil : Hmmm...Aqil tak boleh nangis. Dah besar. Berani.


Hahahaha...dialog ni keluar sebab dia tengok ramai sangat kawan-kawan dia yang masuk tadika menangis pagi tu. Itu yang di puji diri sendiri tu.

Tahun kedua Aqil ke sekolah saya dah tak risaukan apa-apa. Iyelah, tahun lepas masa saya hantar dia masuk tadika, dia baru berumur 3 tahun 3 bulan. Dah tak pakai lampin pakai buang segala masa tu cuma saya risau takut dia terkencing dan verak taknak cakap kat cikgu je la. Nasiblah takde tercicir kencing verak tahun lepas.

Untuk 2018 dan 2019 ni cuma nak focus untuk pembelajaran dia di tadika. Yang lain Aqil dah pandai berdikari sendiri dah sejak masuk tadika.

You Might Also Like

1 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers