Google Adsense Cepat Membiak

10:34 AM

Assalamualaikum

Hai semua. Apa khabar? Huih....2 minggu blog tak berupdate. Bukan takda bahan nak update tapi tak sempat.

Dengan kerja yang perlu disetelkan hujung tahun ni sebelum shutdown, ORT lot yang fail di reliability lab dan nak mencari punca produk yang dikeluarkan tu masalahnya bermula di proses yang mana, dengan alahan di trimester kedua dan dengan masalah keluarga yang maha dasyat sampaikan tak terfikir lansung nak update blog.

Alhamdulillah...walau pelbagai ujian yang dating terselit beberapa berita gembira di situ.

Tapi yang peliknya dalam jarang update blog sesejak mengandung ni dan kebizian tahap petala ke 7 duit dalam Google AdSense cepat pula membiak. Masa rajin update blog dulu tahap sen-sen je dia membiak sehari. Pelik bin ajaib ni. Ke kena jarang-jarang update ni...hahahahaha...

Bila dapat ja surat dari pihak Google AdSense hati terus berbunga-bunga. Macam dah boleh cash out duit ja perasaan dia tu...hahahaha...



Apa-apa pon ini tandanya saya perlu berusaha lebih keras lagi nak tingkatkan UV blog www.zaizamree.com di Google AdSense.

You Might Also Like

1 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^