Rezeki tak di duga

2:17 PM

I'M PREGNANT!!!!!!!


Assalamualaikum. Alhamdulillah ini adalah berita gembira buat kami sekeluarga. Saya sendiri tak sangka akan mengandung. Tak merancang dan tak juga menolak jika ada kehadirannya.


Macam cerita kehamilan Dato Siti Nurhaliza kan...semua orang seronok. Semua orang gembira dan mendoakan beliau dan bayi dalam kandungan sihat sejahtera. 11 tahun penantian tu. Hebat dugaan hidup beliau.

Selepas keguguran hampir 2 tahun lepas, memang saya ada berharap untuk mengandung lagi tapi bila lambat sikit period, check dan jawapannya negative.

FRUST tu dah selalu. Lama-lama dah malas nak check bagai. Asyik negative je kan. Sampai la akhir bulan September lepas, rasa badan lemau sangat-sangat dan selalu loya. Memang period ada lambat 2 minggu tapi tak bajet pun mengandung. Saya biarkan je. Malas nak layan badan yang lemau dan perasaan loya tu.

Awal Oktober, kawan ada tunjuk gambar scan perut. Saya yang teruja gembira ingat dia mengandung. Rupa-rupanya penantian anak sedara dia yang dah hampir 12 tahun kawen berakhir. Dia dah mengandung. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Hari tu juga ada kawan ajak masuk WALK PINK hujung bulan Oktober ni. Excited kita first time nak join event camni setelah lama berehat selepas hampir 6 tahun. Dulu rajin juga join Starwalk la Penang Bridge Marathon la...tapi lepas kahwin ni terus diam. Tu yang membesar bagai johan tu. Tengah dok isi form online baru teringat pasal nak check pregnant dulu. Kang sejarah mungkin berulang plak macam 2 tahun lepas,join walk tu masa tu pregnant ke kan...naya je.

Balik kerja petang tu saya terus ke farmasi beli pregnancy test. Balik tu terus test tanpa tunggu esok pagi. Kan orang kata kalau nak check pregnant kena guna air kencing waktu pagi. Baru bacaannya tepat. Ah...lantak la pagi ke petang janji nak tau result.

Celup je hujung pregnancy test hati dup dap dup dap. Tengok-tengok.....

Ha...ambik kau. Double line dia bagi.

Bila cakap kat suami dia macam tak percaya. Ialah, kami dah selalu sangat berharap. Bila bagitau khabar gembira ni terus tak percaya. Beberapa hari selepas tu suami bawa pi scan perut nak confirm lagi sekali. Dan hasilnya masa tu saya dah mengandung 8 minggu....hahahaha....


Dan yang paling lawaknya EDD dekat gambar scan tu 18 Mei 2018. EDD ikut kiraan carta dari doktor plak 16 Mei 2018. Terus saya gelak besar depan doktor sampai doktor tanya kenapa.

Iyelah...EDD tu dah dekat sangat dengan birthday saya 17 Mei, mana la saya tak gelak besar.

Lepas ja tau pregnant terus demam malam tu tapi esoknya segar bugar dan tanpa alahan. Sekarang dah masuk trimester kedua. Alhamdulillah. Doakan yang baik-baik untuk kami berdua ya.

You Might Also Like

5 apa kata anda?

  1. Alhamdulillah.. jaga diri baik2 k sis.. Semoga dipermudahkan semuanya..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. mama tumpang gembira. semoga semuanya dipermudahkan

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, tahniah Zai.. nasib tak join walk tu kan.. tak apalah tunggu lepas bersalin, dan baby besar dulu baru join..

    ReplyDelete
  4. alhmdulillah..tahniah ye...moga dipermudahkan bersalin ye..jaga kandungan elok2...

    ReplyDelete
  5. tahniah kak zai. happy for u :) jaga diri bebaik tau. moga semuanya selamat amin amin

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers