Corat-coret Sekitar Company Dinner | Wild Wild West

11:02 AM

Baru-baru ni syarikat tempat saya bekerja ada mengadakan jamuan tahunan syarikat(company annual dinner) dengan tema Wild Wild West a.k.a cowboy di Spice Convention Centre Bayan Baru Penang. Bila dengar tema macam ni ramai yang mengeluh. Yang lelaki sukalah tema cowboy ni, ringkas dan senang tapi yang perempuan kalau boleh nak tema yang boleh pakai baju lawa-lawa, grand, gaun kembang meleret seksi.


 
Saya tak fikir nak pakai baju ikut tema pun memandangkan dah membuyung ni. Cadangnya nak pakai blouse biasa saja janji annual dinner kena pergi  walaupon membuyung sebab hadiah top 10 yang disediakan memang menarik. Dinner kali ini di buat 2 kali pada 21 November dan 24 November memandangkan terlampau ramai pekerja. Jadi pihak syarikat menyediakan 250 hadiah lucky draw untuk tiap satu malam dinner tersebut. Jom tengok hadiah top 10 yang company sediakan.


 
Amacam? Top 10 pon dah meriah. Lagi 240 hadiah lucky draw mestilah meriahkan? Jika ada rezeki malam tu, mesti pulang dengan salah satu barangan elektrik yang disediakan.
 
Dekat-dekat nak dinner cik putih pula rosak. Hari-hari encik suami yang hantar dan ambik
dari kerja.


Kau rasa mood masih ada nak pi dinner?


Memang takla. Memang tak fikir lansung. Malas nak suruh suami datang ambil kat Spice sebab dikhabarkan malam tu ada konsert K-POP kat situ juga. Mesti jem gila-gila. Hari Khamis kawan pujuk punya pujuk akhirnya setuju juga nak pi dinner. Jumaat pi kerja suami hantar. Balik dari tu ikut kawan mandi dan bersiap ke Spice. Balik dinner tumpang kawan yang duduk kat Seberang Jaya.
 
Jadinya #OOTD malam tu kita pakai ja baju apa yang ada. Jaket jeans blue black ni dah bertahun, kemeja jeans lusuh suami, seluar jeans kelabu(hat ni ja seluar jeans yang masih boleh pakai oleh makyung), kasut yang sedia ada, shawl yang sedia ada ikat ala-ala rambut dendan dan topi cowboy pinjam kawan punya yang dinner malam 21hb….hahahaha…jadilah.
 


#ootd dinner
Kalau ikut-ikut sekupang pon tak keluar duit masa nak pi dinner ni sebab nak mekap sendiri. Kebetulan dah tumpang kawan dan dia pula makeup dengan sorang MUA ni so kita pon ikut terjebak. Ala…mekap dinner murah-murah ja pon. Makeup dengan MUA Bayan Lepas Mohd Sani. Gila cepat dia makeup. 15-20 minit dan siap…fuhhhh…. Yang paling saya suka MUA Sani boleh buat kening saya yang tinggi dan senget sebelah ni nampak elok terletak dan tak menjadi seperti sinchan…hahahaha…..saya suka saya suka. Siap ja makeup hari tu benda pertama saya tengok tang kening sebab penah ja MUA makeup kening jadi sinchan tebal sebab kening saya tak sama. Dah la makeup dia tahan lama dan tak bercapuk. Double triple suka saya malam tu.



Makeup by Mohd Sani tanpa contact lens dan bulu mata pelesu...hikhikhik
Untuk malam dinner tu ada macam-macam aktiviti yang pihak company sediakan. Ada pre dinner carnival games(hat ni saya tak sempat main. Tertinggal kasut kat rumah kawan dan ambik masa nak patah balik), ada special photobooths(sempat snap 1 gambar lagi 3 minit sebelum booth di tutup sebab beratur panjang), ada amazing Wild wild west magic show(magic show yang super awesome), special dance performance dan best dress competition. Best dress yang dapat nombor 1 dapat RM1000 seorang kot.


sempat snap 1 gambar di photobooth(free)
 

 
Pembukaan majlis yang sangat-sangat gempak dari Managing Director dan Director yang lain serta persembahan dari live band yang sangat best. Nanti bila company publish gambar-gambar sekitar malam dinner tu kita cuba update lagi ye.


with our Managing Director

 
Yang pasti malam tu saya tak pulang dengan tangan kosong. Alhamdulillah…jadilah dari tak dapat apa-apa pon.


145 dari 250 hadiah lucky draw

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. bestnya ada annual dinner..tok el x pernah rasa annual dinner mcm ni grand suka..grand prize dia pun wallah

    ReplyDelete
  2. Menarik tema dinner ni.. haha tahniah menang lucky draw

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^