Bantuan Kemanusian Mangsa Banjir

3:03 PM

Assalamualaikum. Isu banjir di Pulau Pinang masih belum selesai. Masih ada lagi kawasan-kawasan di Pulau Pinang yang masih lagi digenangi banjir. Ada juga kawasan yang surut tapi mangsa perlu mencuci rumah yang rosak dengan ketebalan lumpur setinggi 3 hingga 5 inci amat memeritkan. Jadi bantuan kemanusian untuk menolong mangsa banjir amat-amat diperlukan waktu ini.



keadaan rumah rakan sekerja saya sewaktu jam 2.45 pagi 5 Nov 2017



Alhamdulillah, semalam hari ke 5 rumah rakan sekerja saya serta jiran-jirannya di Zoo Road Air Itam Pulau Pinang telah selesai dibersihkan dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia(ATM), Sukarelawan Darul Ta'zim, pelajar-pelajar USM, KIMMA, NGO-NGO dan juga dari orang perseorangan.

Hampir ke semua harta benda yang musnah dan tidak dapat diselamatkan lagi terpaksa di buang. Menurut rakan saya, banjir kali ini adalah yang terburuk pernah berlaku. Sebelum-sebelum ni pun banjir sering saja berlaku di kampung Zoo Road tapi cuma sekejap. Air naik paras betis dan akan surut selepas setengah jam bila air dari empangan berdekatan di buka kerana air terlampau penuh. Nak mencuci rumah pun mudah sebab air yang masuk jernih. Tapi kali ini air banjir naik dengan cepat dan tinggi membawa bersama lumpur yang menyebabkan ia amat susah di cuci.

keadaan rumah rakan sekerja saya sewaktu jam 2.45 pagi 5 Nov 2017

Jutaan terima kasih dari rakan saya untuk kesemua yang datang membantu penduduk-penduduk di Zoo Road Air Itam dari segi tenaga, bantuan makanan dan juga pakaian kepada mangsa. Jasa anda tidak mampu di balas oleh mereka.

Jika korang turut ingin membantu dalam misi bantuan kemanusiaan mangsa banjir di Pulau Pinang, korang boleh ke facebook Jumie Samsudin untuk info lanjut. Masih banyak mangsa banjir yang memerlukan khidmat tenaga untuk membersihkan rumah mereka.

#penangbanjir #prayforpenang

You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. kesiannye kat mangsa2 bnjir..
    harap tabah..

    ReplyDelete
  2. teruk tu pernah terlibat misi masa banjir masa dekat kelantan.. semua rumah saudara mara banjir.. tinggal rumah family ekin tak terlibat.. apa yang termampu kami tolong

    ReplyDelete
  3. Moga dipermudahkan buat semua yang terlibat...

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^