Apa Yang Menarik Di Pasar Malam Cameron Highlands

11:26 AM

Assalamualaikum. Hujung bulan Oktober lepas berkesempatan lagi ke Cameron Highlands. Kali ini pergi bersama-sama bekas rakan seperjuangan dari technical R&D team.


Mulanya agak berat nak ke sana sebab masih di awal kehamilan, dah dekat-dekat hari kejadian barulah bagi keputusan. Kali ni tak banyak gambar yang nak di ambil. Dengan keadaan hujan jadi tak banyak tempat yang kami singgah.


Kali ni nak bercerita tentang Pasar Malam Cameron Highlands. Apa yang menarik yang ada di sana ya? Jom ikut saya terjah Pasar Malam Cameron Highlands yang sentiasa meriah walaupon hari hujan.

Pasar Malam Cameron Highlands yang dulunya berada betul-betul di Pekan Brinchang telah berpindah tapak ke Sungai Ruil berdekatan Golden Hills sejak awal Februari 2017. Ia berada di tengah-tengah Tanah Rata dan juga Brinchang.

Pasar Malam Cameron Highlands ini menjual hasil keluaran penduduk tempatan Cameron Highlands seperti hasil keluaran teh, sayur-sayuran dan buah-buahan segar.


Masuk saja ke Pasar Malam Cameron Highlands, terdapat banyak gerai cenderahati menjual fridge magnet yang melambangkan Cameron Highlands. Pilih saja mana yang berkenan untuk dihadiahkan pada rakan-rakan dan keluarga.


Baju-baju dengan corak strawberi juga banyak terdapat di Pasar Malam Cameron Highlands. Jika pandai tawar-menawar pasti menang membeli di sana.




Cenderahati yang comel juga banyak terdapat di Pasar Malam Cameron Highlands. 




Strawberi yang besar merah pasti membangkitkan nafsu anda untuk membeli. Yang penting kena rajin survey harganya ya.




Jambu jeruk merah jambu hijau ini juga ada di jual di Pasar Malam Cameron Highlands. Jambu jeruk ini amat mendapat sambutan di RnR sepanjang lebuhraya Utara Selatan.




Hasil tanaman penduduk tempatan yang digoreng panas. Sangat sedap dan manis.




Ubi keledek ungu dan oren yang selalu mendapat sambutan pengunjung.




Kaktus yang comel dan unik boleh didapati di Pasar Malam Cameron Highlands dengan harga yang murah. Yang penting kena rajin survey harga dan bentuknya.




Dan tak dilupakan sayur-sayuran segar yang murah-murah. Orang perempuan memang suka sayur-sayur ni....hahahaha....

Waktu operasi Pasar Malam Cameron Highlands pada setiap hari Jumaat dan Sabtu dari jam 6 petang hingga 11 malam. Pada musim cuti sekolah, Pasar Malam Cameron Highlands ini di buka setiap hari.




You Might Also Like

9 apa kata anda?

  1. Sha suka sayur-sayuran yang dijual.. kadang tu beli sebab cantik.. hahaha

    ReplyDelete
  2. amboi tahun ni dah bape kali p CH tu zai hihihi

    ReplyDelete
  3. memang seronok pergi sana..tahun ni je dah 2x ke sana..kebetulan kazen pulak baru pindah cameron duduk tanah rata,so memang lepas ni agak kerap ke sana

    ReplyDelete
  4. aaaa buat saya nak pegi lagi ke sana..da lama da tak pi..cendawan goreng die bestt

    ReplyDelete
  5. Luaskan tapak pasar malam CH ni . Kalau pergi sana memang 2 3 kali pusing2 dulu sebab rambang mata nak beli apa

    ReplyDelete
  6. Mintak tolong jelaskan..hari ahad cuti sekolah selama seminggu bulan 3 2018 ni buka tak..?

    ReplyDelete
  7. Apa ya nama baju jaring2 yg blh jadikan sebagai sweater tu?

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^