Perkembangan Aqil 9 bulan bersekolah

2:47 PM

Assalamualaikum. Lama tak bersiaran cerita santai-santai. Nak cerita bab Aqil Najmi yang dah nak masuk 4 tahun 10 Oktober akan datang ni. Dah sebulan saya tak hantar dia ke pengasuh. Sekarang terus transit di sekolah tadika yang dia belajar.

Awal mula-mula tu agak susah sikit la. Beberapa hari yang pertama saya yang hantar dia pagi-pagi ke tadika. Masuk lambat sejam kerja dari biasa. Alhamdulillah bos pun faham. Lepas pada tu abah Aqil yang hantarkan ke tadika tapi jenuh juga dok pantau. Kejap sampai awal, kejap sampai lambat. Tension mak tau....huhuhu...

Lama-lama Aqil dah jadi biasa. Pukul 7 pagi dia akan bangun sendiri dan pergi mandi. Itu pun tiap malam sebelum tidur saya akan pesan siap-siap kat dia,

"Esok bangun pagi-pagi, mandi gosok gigi semua. Pastu pakai baju sekolah mama dah iron dah".

"Esok hari Selasa, pakai baju sukan. Aqil bangun pagi-pagi, mandi gosok gigi tau. Pakai baju tu".

Alhamdulillah....tak perlu kejutkan dia, dia dan pandai bangun sendiri. Ambil tuala terus pergi mandi. Bersiap pun sendiri dah. Good job anak mama sorang ni. Dah besar dah pun. Kalau dulu tiap hari bangun awal ikut mama ke rumah pengasuh, jenuh nak kejut. Asyik menangis dan berdukung ja nak ke kereta tu. Sekarang abah dia senang banyak la. Anak buat sendiri ja semua.

Bila dah transit macam-macam aktiviti waktu petang cikgu tadika Aqil akan buat. Ajar solat, sekarang dah boleh baca doa selepas solat dah.


Yang lagi dia suka bila dapat pergi perpustakaan dengan kawan-kawan dan cikgu. Tak habis-habis bercerita kat perpustakaan ada banyak buku, mainan, ada taman.

Harap tahun hadapan jangan dia malas nak pergi tadika lepas cuti sekolah nanti....hahaha...cuti lamakan.


Budak-budak baru nak membesar ni memang lasak. Baru-baru ni dok main kejar-kejar masa tansit tu Aqil terjatuh. Pecah besar juga bibir tu. Menangis kejap je la. Lepas tu makan nasi, makan char koey tiaw kena bibir yang pecah pon takde hal. Aqil...Aqil...kalau bab makan boleh ja tahan sakit kat bibir tu.

Bab mewarna, dia dah pandai warna lukisan sampai penuh. Kalau dulu warna sikit ja tinggal. Sekarang dah tahu dah tayar kereta kena warna hitam. Kalau tak dari kereta, cermin sampai ke tayar semua satu warna ja...hihihihihi...

Bab menulis ABC huruf besar sebut ja, semua dah boleh tulis tanpa melihat contoh. ABC huruf kecil ada juga yang pandai tulis ada yang salah.

Bab ejaan pula, yang ejaan berganda dah boleh eja dan bunyikan dah macam kuku, mama, gigi. Perkataan pendek-pendek ada juga yang salah eja lagi.

Nombor pun dah pandai tulis dan kenal. Cuma tak pandai bab tambah tolak lagi.

Solat dan bacaan dalam solat, surah-surah lazim pendek dan doa harian, Alhamdulillah dah lancar. Tahiyat akhir pun dah pandai baca dengan betul cuma ada sikit sebutan yang pelat-pelat ada dalam bacaan.

Untuk semua perkembangan ni, Alhamdulillah saya berpuashati untuk Aqil yang belum cecah 4 tahun. Harap tahun depan perkembangan dia makin bagus. Eh...nak anak bagus dalam pelajaran mak pak tak boleh malas-malas. Kita kena juga ajar anak kat rumah tapi anak ni bila dengan mak pak mulalah belajar tak sampai 5 minit dah jemu. Ada ja alasan depa kan? Anak ampa macam tu gak ke?

Mama harap Aqil jadi anak yang berjaya dunia dan akhirat....aamiin.

You Might Also Like

2 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^