Pantang Nampak Makanan Berkuah

3:06 PM

Assalamualaikum. Sejak dua menjak ni datang penyakit aneh pada diri. Pantang nampak makanan berkuah, mulalah ketaq kepala lutut ni. Gigil-gigil badan. Perut pun mula nak berbunyi padahal baru ja makan tadi.

Rabu baru lepas ni ke pasar malam dengan suami dan anak. Nampak ja kotiaw sup terus lapar rasa nak makan time tu juga. Order kotiaw sup daging kotiaw lebih pulak tu. Suami sampai heran. Bila tanya nak beli makanan lain ke tak terus cakap taknak. Kenyang sampai esok pagi...hahahaha...

Minggu lepas juga, turun kantin semata-mata nak beli buah potong dan roti untuk makan tengahari. Nampak pula kantin jual char ho fun. Hish....tak boleh jadi. Perut terus berbunyi-bunyi. Lepas beli buah, naik ofis Skype kawan kat production ajak makan kat kantin. Hahahaha...dok teringat-ingat char ho fun tu. Alhamdulillah...kawan pun tengah kelaparan juga. Dapat juga makan char ho fun sayur lebih sambal belacan lebih....hahahahaha...

Kami ada keluar makan kat luar time lunch. Kawan tanya nak makan nasi ke nak makan berkuah. Laju ja kita cakap takmau makan nasi. Ke Ayala Restoran kedai makanan Siam. Kita order kotiaw sup daging. Rasa sup dia....perrrghhhhh....masam-masam...memang kena dengan tekak ni.


Tapi bila di ingat balik minggu lepas banyak makan kotiaw....hahahaha...hari ni kotiaw esok kotiaw lusa kotiaw. Punggahhhhh.....


You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. baby dalam perut nak makan kut kak zai

    ReplyDelete
  2. cho har fun ngan sambal belacan uii
    xpernah lagi makan dengan sambal belacan

    nti dah abis 1st trimeter..nak makan ape plak ye baby hihihi

    ReplyDelete
  3. hai jadi peminat koey teow plak ka? ok laa ikut laa tekak dan dalam perut tu..

    ReplyDelete
  4. heheh lepas ni Kak Zai boleh try horfun kat Oldtown.. ke da penah try ? CT dok gila yang tu tadak tukar2 menu lain hehe..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers