Memastikan Si Manja Mendapat Makanan Yang Berkhasiat Setiap Masa, Di Mana Jua

4:26 PM

Di zaman serba moden kini, ramai ibu-ibu muda mula sedar tentang kepentingan pemakanan yang berkhasiat untuk si manja yang tersayang setiap masa, di mana jua. Tak terkecuali dengan saya. Seorang ibu mahukan anaknya mempunyai tubuh yang kuat, minda dan semangat yang sihat supaya dia dapat melangkah maju dan mencapai potensi yang penuh pada masa akan datang.

Bila bercakap tentang diet si manja, saya percaya diet yang seimbang harus meliputi semua jenis kumpulan makanan seperti karbohidrat, protein, susu dan tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia haruslah merangkumi kepelbagaian makanan yang mempunyai rangkaian vitamin dan mineral yang menyeluruh demi menampung tumbesaran si manja.


  
Mempunyai anak yang aktif dan menyukai aktiviti luar seperti berbasikal, bermain di taman dan pantai memberi cabaran kepada saya untuk menyediakan makanan yang terbaik untuk dia mendapat segala nutrisi dari makanan.

Sebagai ibu bekerjaya, saya cuba untuk memastikan Aqil mendapat nutrisi yang baik tidak kira di mana berada. Contohnya ketika bersiar-siar di taman atau pantai. Saya akan menyediakan makanan yang terbaik buatnya untuk memastikannya mendapat khasiat yang seimbang agar si manja menjadi lebih lagi.
 
Cabaran ibu-ibu moden seperti saya kini bilamana keluar bercuti atau bersiar-siar adalah kurangnya menu sihat untuk anak di restoran. Pilihan makanan yang sihat tidak tersedia untuk si manja apabila berada di luar rumah kerana terlalu banyak 'makan segera', makanan yang di proses dengan terlalu banyak pengawet dan pewarna dan barang goreng yang tidak sihat cuma banyak terdapat di kedai-kedai sahaja.

 

3 Langkah Mudah Si Manja Mendapat Semua Nutrisi Dalam Makanan


Jadi, bagi memastikan anak saya mendapat semua nutrisi dalam makanan setiap masa,di mana jua saya akan :-
 

 1. Menyediakan masakan rumah(homemade food)


Perkara yang baik tentang menyediakan makanan di rumah ialah saya dapat memutuskan apa yang ada di menu. Saya cuba mengelakkan makanan ringan dan membataskan makanan yang tinggi lemak, gula, natrium dan lain-lain lagi.

Bagaimana saya mendapat inspirasi?
 
Saya ada menyertai kelab ibu-ibu yang menyediakan ‘homemade food’ di laman sesawang facebook untuk si manja bagi mengetahui info, resepi dan cara penyediaan makanan yang berkhasiat untuk Aqil dan bagi ibu-ibu yang bekerjaya seperti saya. Dari situ saya cuba praktikkan untuk si manja saya, Aqil. Jadi tidak hairanlah Aqil sejak kecil amat sukakan memakan sayur-sayuran seperti bayam dan lobak merah serta buah-buahan seperti pisang dan anggur.

  

2. Memperkenalkan pelbagai makanan


Menyediakan diet yang terbaik buat si manja amatlah bagus. Di samping ianya berkhasiat, kita sudah tahu tentang kebersihan makanan yang disediakan untuk mereka. Dari situ si manja dapat mencuba setiap jenis bahan makanan yang kita masak dari sayuran, buah-buahan hinggalah ke protein seperti ayam dan ikan. Apabila si manja mencuba makanan yang kita sediakan sendiri, kita akan tahu apa yang sesuai untuk di makan dan apa yang tidak boleh di makan oleh anak kita jika berlaku alahan ataupun sembelit. Paling penting, makanan yang disediakan mengandungi nutrien yang diperlukan untuk menyokong perkembangan anak saya.
  

 3. Bekal makanan yang sihat

 


Adalah penting anak saya mendapat diet yang sihat, seimbang seperti protein, vitamin dan mineral yang diperlukannya, dan lain-lain. Oleh itu, saya selalu menyediakan bekal makanan yang sihat untuknya ke sekolah dan juga di waktu petang ketika berada di taman permainan. Bekal yang sihat akan membantu menjaga nutrisi anak saya agar dia tetap bersemangat dalam belajar. Aqil juga amat menyukai apabila saya menyediakan bekal makanan yang sihat untuknya.
 
  

Amalan Meminum Susu

 

Selain menyediakan makanan yang berkhasiat, amalan meminum susu untuk membesar juga merupakan salah satu cara untuk membantu Aqil yang kini berusia hampir 4 tahun mendapat lebih lagi nutrisi untuk seharian. Saya akan menyediakan 2 kali hidangan susu Dumex Dugro® perisa asli untuk Aqil sehari iaitu pada waktu pagi sebelum ke sekolah dan pada waktu malam sebelum tidur. Jadi Aqil tetap akan mendapat nutrisi yang diperlukan walaupun saya tidak sempat menyediakan hidangan yang berkhasiat pada waktu siangnya kerana bekerja.

Setiap segelas susu untuk membesar yang Aqil minum, dia akan mendapat 19.5mg DHA dan mendapat lebih 15 vitamin dan mineral serta serat unik, lcFOS yang berdasarkan 40 tahun kajian saintifik menyokong tumbesaran si manja agar menjadi lebih lagi.
 
*berbanding susu tepung rumusan sebelumnya, 9.7mg setiap gelas


Bagi ibu-ibu yang ingin memastikan si manja mendapat makanan sihat dan berkhasiat setiap kali walaupun mereka tidak bersama anak mereka, boleh siapkan bekal makanan untuk memenuhi keperluan nutriti mereka. Aqil amat menyukai bekal nutrisi yang baru ini dan dia amat teruja setiap kali saya menyediakan bekal nutrisi untuknya setiap hari.
 
 

Bekal Nutrisi

 
  

Cantik tak bekal nutrisi Aqil? Kalau ibu-ibu berminat untuk mendapatkan bekal nutrisi ini untuk si manja korang boleh dapatkan dengan pembelian susu Dugro di pasaraya seluruh negara.
 
Dumex Dugro® kini menyokong ibu-ibu dengan promosi di seluruh negara dengan memberikan satu (1) Dumex Dugro® Bekal Nutrisi * eksklusif dengan setiap pembelian mana-mana variasi dua (2) paket 900g Dumex Dugro®.  Terdapat tiga warna yang berbeza iaitu hijau, merah dan kuning dan reka bentuk tersedia untuk pengumpulan yang bermula dari 1 September hingga 31 Oktober 2017. * sementara stok masih ada.
 
Layari website Dugro untuk info menarik: www.dugro.com.my/promosi_dan_acara/ncp
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

You Might Also Like

1 apa kata anda?

  1. Comey nya Aqil.
    Nina pun suka sediakan bekal buat Eilhan.
    Yakin dia akan dapat lebih lagi nutrisi dari air tangan mama nya.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers