Misi Menghabiskan Daging Korban | Resepi Nasi Daging

11:12 AM

Assalamualaikum. Ini entri throwback 2 minggu sudah. Raya haji lepas dapat banyak daging korban. Eh…baru perasan, bila tak buat korban dapat banyak pula daging orang bagi…hihihi…Alhamdulillah ada juga rezeki. Asyik-asyik menu kari daging, sup daging, daging goreng kunyit. Terus terfikir nak masak nasi daging. Kita guna bahan apa yang ada ja kat rumah. Misi utama, nak habiskan daging korban yang banyak.


 

Resepi Nasi Daging

 
Bahan-bahan :-
½ kg daging potong sederhana kecil dan rebuskan
5 cawan beras (saya guna beras biasa ja)
2 sudu besar rempah kurma
3 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih & kulit kayu manis)
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar minyak masak
1 ulas bawang merah (di hiris)
1 ulas bawang putih (di hiris)
½ inci halia (di titik)
1 helai daun pandan (ikat simpul)
½ kiub pati ayam
½ tin susu cair
3 biji tomato (dipotong dadu)
 
Cara-cara memasak nasi daging (saya masak nasi atas dapur gas guna cara lama)
  • Panaskan minyak dan marjerin
  • Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun pandan, 3 sekawan, halia dan serbuk kurma. Kacau sekejap biar sebati dan naik bau
  • Masukkan beras yang dah di cuci dan ditoskan. Kacau biar sebati
  • Masukkan 4 ½ cawan air rebusan daging dan susu cair
  • Masukkan kiub ayam dan tomato. Kacau biar sebati
  • Bila air sudah kering, gaulkan sedikit dan kecilkan api. Tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak dalam 15 minit
  • Siap. Hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup jika suka.
 
Jadilah menu kami anak-beranak hari tu. Lain sikit dari kebiasaan. Selalu masak kari daging pekat-pekat tapi hari tu buat kurma daging dan air asam kerisik. Makan bertambah-tambah ha….

You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. lama x masak nasi daging.
    ni sedap lau dpt mkn ngan ayaq asam
    dgg masak black pepper
    sambal ikan bilis
    uiiiii sedap uii

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers