Iphone 5s Cases dari Lazada MY

2:24 PM

Assalamualaikum. Baru-baru ni order casing baru untuk Iphone 5s. Cari merata tempat tapi akhirnya di Lazada MY juga yang berkenan di hati.

Order la Apple iPhone5 / 5S / SE 4.0" inch Case Luxury Ultra thin Element Fashion MetalAluminum Cell Phone Cases Mobile Back Cover(Black). Kita ambil warna hitam. Hitam itu kan menawan. Tapi jenuh juga menunggunya sebab casing tu dari oversea. Bertabahlah.

Akhirnya semalam casing tu sampai. Ehem...kotak casing pon bukan main lagi. Memang nampak mahal.


Tada....casing yang di pilih. Warna hitam itu menawan.
 

Didatangkan khas dengan screw driver kecil, screw spare, getah cover dan manual pemasangan.
 

Selepas dijalankan operasi akhirnya.....terus nampak COOL dan SMART handphone ni. Dengan harga RM58 selepas diskaun dan kos penghantaran percuma, memang berbaloi setanding kualiti yang saya dapat.
 

Pandangan dari sisi belakang casing Iphone 5s.
 

Casing ini sangat senang di pasang. Ia dapat melindungi handphone anda dari habuk, calar dan kejutan. Ia amat sesuai untuk Apple iPhone 5 4 inci. Casing ini juga tahan lama dan mudah untuk di cuci.

Kalau korang berminat nak cari casing iPhone yang berkualiti boleh tengok-tengok di Lazada MY.



You Might Also Like

4 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^