Filem Wajib Tonton | Bisik Pada Langit

4:47 PM

Assalamualaikum. Ini bukan entri berbayar. Entri ini tanda sokongan saya pada industri filem tempatan yang makin tenat. Dalam beberapa hari lepas saya tertengok trailer filem-filem Melayu terbaru di tv tapi pandang endah tak endah. Iyelah, asyik-asyik cerita fantasi anak orang kaya bercinta kahwin dengan anak orang miskin. Ada harta juta-juta, naik kereta mewah, shopping sana-sini. Ah…muak dah tengok dengan adegan cerita yang sebegini. Kalau nak tengok cerita-cerita macam tu, drama kat tv pon ada tayang. Lagi best pada filem tu pon ada….ihik…ye la kot…saya jarang layan drama Melayu.
 
Tapi trailer Bisik Pada Langit ni macam memanggil-manggil saya untuk menontonnya. Terus ajak kawan tempat kerja tengok sama. Kali ni kami bawa sorang yang berhati kering tengok filem Bisik Pada Langit ni. Nak tau apa komen dia lepas menonton nanti.


 
Bisik Pada Langit arahan Khabir Bhatia tidak pernah mengecewakan. Jalan ceritanya mudah dan simple tapi banyak bermain dengan emosi. Cinemaphotography memang superb. Walaupon penggambarannya di kampung tapi nampak sangat indah dan menarik. Watak mereka kuat. Tak perlu dialog yang banyak, cuma memek muka sahaja dah menggambarkan apa yang tersirat di fikiran mereka. Mesej yang disampaikan juga kuat. Bisik Pada Langit ini mengisahkan tentang kasih sayang seorang ayah(Jalil hamid) kepada anak perempuannya Hajar(Ummi Nazeera). Allah, dan-dan teringat arwah ayah tatkala menonton filem ni.
 
Watak yang di pegang Jalil Hamid tiada siapa yang dapat ganti. Memang kena dengan orangnya. Sangat-sangat terkesan. Tak lupa juga watak-watak yang lain seperti Beto Khusyairi (abang) yang banyak mengalah dan berkorban untuk keluarga, Naim Daniel(adik) yang selalu rasa dipinggirkan dengan kewujudan kakaknya Hajar dan juga Fadhilah Mansor(ibu). Terlalu banyak pengajaran yang ada dalam filem ini. Banyak cerita-cerita yang tak diduga dalam kisah ini  dengan rentetan imbas semula sangat indah mencengkam emosi.
 
Part yang tak tertahan bila saat Hajar nazak dan melafazkan syahadah terakhirnya yang di pimpim oleh ayahnya, makin laju airmata saya mengalir. Kawan kat sebelah dah tersedu-sedan. Filem ini menyampaikan mesej kekeluargaan yang boleh menundukkan kepala kita ke lantai.
 
Tak perlu saya nak cerita semua jalan ceritanya. Tak bestlah kalau orang lain baca nanti. Cukuplah yang boleh saya katakana filem ini memang superb dan kena dengan jiwa anak kampung macam saya. Jadi untuk korang yang selalu cakap filem Melayu kita asyik-asyik filem cinta boleh ke panggung dan tengok cerita ini. Jom support filem kita. Memang menusuk ke kalbu. Kalau tak menusuk tu tak tau salah sapa…ye dok?

Opss...bab kawan yang hati kering tu, dia la yang menangis sedu-sedan semalam...hihihihi... Masing-masing keluar dengan mata sembab hahahaha....

 
#BanjirDiPawagam # MataMasukHabuk # WhySoSad #BisikPadaLangit

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. wahhh tak sabar nak tengok la...

    ReplyDelete
  2. lau menyentuh kisah mak ayah ni mmg tersentuhlah..lau hati kering tgk ni masih kering ada something wrong with their heart kut haha

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers