Aidiladha Berdua

10:59 AM

Assalamualaikum. Selamat hari raya aidiladha buat semua pembaca blog Zai Zamree. Mesti korang seronok beraya tahun ni kan. Yela...dengan sambut merdekanya ditambah pula cuti raya di tambah-tambah lagi oleh bang Jib kita bagi cuti sempena Malaysia menang keseluruhan Sukan Sea 2017. Pakat bersorak riang malam tu masa bang Jib umum cuti no....hihihi....

Saya tahun ni raya berdua ja dengan Aqil + tok Besah + Acu Aqil. Abah Aqil bizi dengan bas dan juga tempahan ayam mentah sempena raya dan kenduri. Time ni la orang buat kenduri kawen, akikah, arwah dan doa selamat. Cuti panjangkan?Takpe...berkorban sikit untuk kesenangan hari esok. Ewah...macam tagline kat jalan dan jambatan yang tengah di selenggara ja kan....hihihi....




Naseblah Aqil tak banyak tanya. Dah selalu kena tinggalkan. Kita OOTD raya pakai baju raya tahun lepas je. Naseb baju Melayu Aqil muat lagi.

Pagi-pagi sarapan dengan ketupat palas + kari daging pekat tanpa santan. Mantop pedas-pedas. Aqil pon sibuk nak makan ketupat dan kari daging ni.




Tahun ni saya tak buat ibadah korban. Duit dah bayar tapi ada orang tarik diri saat-saat akhir. Takpe...bukan rezeki. Saya dan adik tak plak masuk ibadah korban di masjid. Kami tiap tahun handle sendiri ibadah korban di rumah mak ndak. Tiap tahun paling kurang mesti seekor lembu yang tumbang. Bila tak buat ibadah korban rasanya lain sikit. Selalu lepas sembahyang raya sibuk dah nak sembelih, lapah dan agih-agihkan daging tapi kali ni rasa lapang sangat-sangat. Sempat la jalan ziarah rumah sedara-mara. Insyaallah tahun depan kita buat ibadah korban lagi. Dua kali lagi cukup 7 bahagian lembu saya korbankan. Moga ada rezeki lagi tahun depan.

Buat semua, Selamat Hari Raya Aidiladha.  Makan daging tu beringat-ingat sikit. Kang tak memasal MC plak Selasa nanti.

You Might Also Like

0 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers