Tetamu Allah | Dhuyuf Ar-Rahman
2:37 PM
Assalamualaikum. Musim haji datang lagi. Terkenang musim
haji 6 tahun lepas. Enam tahun lepas yang merubah seorang Zai Zamree yang ‘nakal’ kepada yang sekarang ni. Apa
istilah Zai Zamree sekarang? Muslimah sejati? Emmm…masih jauh lagi tapi
berharap agar diri ini terus istiqomah dalam menunaikan ibadah dan menjadi
muslimah sejati. Skala pemakaian pon berubah dari skala 3 ke skala 7. Gitu…
Musim haji kali ini mendengar banyak khabar gembira. Ada 4
orang yang saya kenali dapat menunaikan ibadah haji tahun ini. Allhamdulillah
dengan berita yang di terima. Hati turut bergembira seperti mana mereka yang
mendapat panggilan menjadi tetamu Allah. Muda-muda lagi dah dapat
mengerjakan ibadah haji. Dan-dan tu la dok belek-belek entri tentang haji.
Mengimbau kenangan lama. Orang kata takleh MOVE ON. Sapa-sapa pon memang takleh
nak MOVE ON bila dapat ke sana. Terkenang-kenang, terindu-rindu.
Allah Maha Mendengar. Dia menjemput tetamunya dengan
pelbagai cara. Siapa yang merinduinya teruskanlah berdoa dan merayu. Insyaallah
bila tiba saatnya, masa kita akan tiba.
Macam seorang lelaki di Ghana ni. Beliau
pon tak menyangka akan menjadi tetamu Allah dengan cara begini.
‘Eh…saya duit ada, sembahyang
tak tinggal, tutup aurat kenapa tak dapat pergi haji jugak?’
Mungkin masa awak belum tiba. Ingat, Allah beri apa yang kita
perlu dan bukan apa yang kita nak.
‘Dia tak pakai tudung
berkepit dengan jantan tu jantan ni kenapa dia yang Allah pilih?’
Mungkin dengan cara menjemput dia menjadi tetamu Allah dapat
mengubah dirinya menjadi lebih baik. Allah beri dia hidayah dengan cara begitu.
Siapa kita nak menidakkan kuasa Allah.
Tapi sebelum nak menjadi tetamu Allah ada beberapa benda
kita kena buat. Kata nak jadi tetamu Allah tapi masih sambil lewa dan lalai.
- Niat – pasang niat nak menjadi tetamu Allah nanti. Tak dapat pergi haji, berniat nak tunaikan umrah dulu pon jadila.
- Cari mahram(bagi wanita) – sekarang ni kerajaan Arab mengetatkan syarat untuk menunaikan haji dan umrah bagi wanita. Tahun masa saya ke sana, masih belum diperketatkan mahram untuk Jemaah wanita.
- Berubah – dah ada niat/target kena la berubah. Dari yang free hair mula la bertudung. Dari berbaju ketat kita longgarkan. Amalan yang wajib kita tak boleh longgar-longgar macam dulu. Kena pastikan buat. Kalau dulu sembahyang di hujung-hujung waktu kita awalkan sedikit. Tak payah mendadak sangat berubah kang ada pulak yang kata buang tebiat, pastu mula la goyah sikit pendirian tu.
- Istiqomah – dah berubah kenalah istiqomah. Yang ni kena betul-betul jaga. Kadang tu kita buat sambil lewa ja benda-benda macam ni.
- Bertaubat – perbanyakkan sembahyang sunat taubat. Hari-hari pon takpa. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang terdahulu.
- Belajar ilmu haji dan umrah – kena la pi belajar ilmu tentang haji dan umrah. Bukan main bedal ja pi sana. Tak kisahlah berapa lama nak pi belajar. Janji kena tau dan faham rukun dan pantang larang ketika menunaikan haji dan umrah.
- Belajar bersabar – kenapa ye? Kalau kat Malaysia korang tak mampu nak tahan sabar harap bawa-bawa belajar bersabar dulu sebelum ke Tanah Suci. Musim umrah tak sama dengan musim haji. Dugaan dia lain macam.
- Bayar hutang – ingat balik hutang-hutang kita dengan orang. Kadang tu hutang dengan mak bapa kita sendiri. Cakap nak pinjam RM10 dapat gaji bayar, alih-alih senyap macam tu ja. Hutang wajib di bayar tau.
- Semak status perjalanan anda – sebelum pergi semak dulu status perjalanan korang samada boleh ke luar negara atau tak. Jika tidak dibenarkan ke luar negara sila selesaikan masalah korang dengan segera.
Jadi pada yang belum berkesempatan menjadi tetamu Allah
diharap banyakkan bersabar dan berdoa moga-moga ada rezeki korang menjadi
tetamu Allah suatu hari nanti….aamiin.
Buat bakal haji dan hajjah, Hajar(kawan sekerja), adik Nor
Azlan(KBU), adik Mohd Azim dan isteri Nadrah(ex-lumi) semoga dipermudahkan
segala urusan dalam menunaikan ibadah haji dan mendapat haji yang mabrur…aamiin.
Pssstttt...masa kita kawen ritu tak letak pon gelaran HAJJAH tu kad kawen sampai ramai yang tegur. Apa ada hal...gelaran je kot...bukan nama sebenar pon.
Pssstttt...masa kita kawen ritu tak letak pon gelaran HAJJAH tu kad kawen sampai ramai yang tegur. Apa ada hal...gelaran je kot...bukan nama sebenar pon.
1 apa kata anda?
pas ni nak panggil hajah zai lah bole...
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^