Tempat Menarik Di Pulau Pinang | Butterworth Art Walk

3:55 PM


Baru-baru ini saya dan Aqil Najmi berkesempatan untuk singgah di Butterworth Art Walk. Hampir berbulan-bulan Butterworth Art Walk ni dah siap baru ada peluang nak singgah. Ia merupakan salah satu tempat menarik yang wajib korang kunjungi bila datang ke Pulau Pinang.

senarai nama pelukis Butterworth Art Walk

 
Macam biasa Aqil paling teruja bila tengok banyak mural kapal dan binatang. Selalu ikut mama pi review muzium sana sini dengan sendirinya dia yang nak posing bagai kat mural di Butterworth Art Walk. Tapi posing dia tak sampai beberapa saat pon. Tu yang kadang gambar jadi entah apa-apa entah. Kena cepat dengan budak banyak cakap ni.
 

Sejarah Butterworth Zaman Dahulu


Mural-mural yang dilukis di sini menggambarkan ciri-ciri dan sejarah Butterworth dari zaman 1800 hingga ke hari ini. Ia telah di cat di dinding lorong belakang di Jalan Bagan Luar untuk mempromosikan bandar Butterworth itu sendiri.

saya suka yang ni

 
Butterworth Art Walk ini telah melalui beberapa fasa dan hampir siap sepenuhnya dengan arahan seni oleh Zaini Zainul dan beberapa orang artis tempatan dengan kerjasama Think City.

Sumber dari facebook :- Antara pelukis yang terlibat

 
Butterworth Art Walk, ia boleh diakses dari sisi Lodge 18 Hotel di Lorong Bagan Luar 1. Jom tengok apa lagi mural yang ada di sini.

kapal pedagang zaman dahulu

naik sampan nak ke Tanjong a.k.a Penang

teruja dapat naik sampan

 
Untuk mural ini saya tak dapat nak tangkap gambarnya kerana ada kenderaan yang pakir di hadapan lukisan ini. Mural ini merupakan tribute kepada Major General William John Butterworth (gavenor of the Straits Settlement) dari tahun 1843 hingga 1855. Major General William John Butterworth ini dikenali sebagai Tuan Kecil oleh penduduk di sekitar Butterworth itu sendiri.

sumber dari facebook Azmi Zulkafli
salah satu mural di Butterworth Art Walk

salah satu mural di Butterworth Art Walk

salah satu mural yang Aqil suka di Butterworth Art Walk

setem lama di Butterworth Art Walk

Aqil di Butterworth Art Walk

 
Banyak lagi mural-mural menarik yang korang boleh lihat di sini. Jadi kalau korang datang ke Pulau Pinang jangan lupa singgah di Butterworth Art Walk.



You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. lama dah tak jejak kaki kat penang ni , cntik art walk ni ,kreatif kn

    ReplyDelete
  2. Cantiknya... Nanti nak ajak en suami pergi. Boleh ambil gambar banyak-banyak.

    ReplyDelete
  3. terimakasih cik ash dengan lawatan dan blog yang sangat menarik. kami berbesar hati membaca komen anda. jemput datang lagi...sekarang setiap hari sabtu dan ahad jam 4-10pm kami adakan satu pasar seni di situ - art market...sila rujuk page fb kami - art market @butterworth art walk. sekian. insyallah kita jumpa satu hari nanti

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers