La Herballe Medi & Spa Penang Kini Di Buka di Bayan Baru

10:43 AM

Wanita dan kecantikkan tak dapat dipisahkan. Ada berita baik bagi kaum wanita di sekitar Pulau Pinang yang ingin tampil cantik pada wajah dan diri. La Herballe Medi & Spa Penang kini di buka di Bayan Baru Pulau Pinang.


 
 

Your Beauty Is Our Priority

 
Pada 6 Ogos 2018 yang lepas, berlansungnya perasmian pembukaan La Herballe Medi & Spa Penang. Dengan tagline ‘ Your beauty is our priority’ pusat kecantikkan ini merupakan spa yang menawarkan perkhidmatan menggunakan bahan semulajadi dengan gabungan teknologi untuk kecantikkan dan kesihatan. La Herballe Medi & Spa menawarkan perkhidmatan seluruh badan dan pelanggan boleh memilih samada ingin menggunakan rawatan secara tradisional mahupun menggunakan mesin.

saya di hari perasmian

 

Perasmian Pembukaan La Herballe Medi & Spa Penang

Perasmian pembukaan pusat kecantikkan ini telah dihadiri oleh ramai pengunjung yang ingin tampak cantik dengan bertemakan warna merah jambu dan nude. Ia berlansung dengan sangat meriah sekali.

sewaktu perasmian

 
Ramai yang datang tidak melepaskan peluang untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh La Herballe Medi & Spa Penang. Disamping itu pengunjung juga ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk-produk yang digunakan oleh pusat kecantikkan tersebut. Banyak aktiviti yang diadakan pada hari itu seperti konsultasi secara percuma, face & body wash demo, lucky draw, hadiah percuma kepada 20 pelanggan terawal, promosi pakej yang ditawarkan serta keahlian dan juga baucer tunai pada yang bertuah.


Saya dan rakan-rakan sempat mendapatkan konsultasi dan mencuba beberapa produk dari La Herballe Medi & Spa.
 
 

Program Cashback

 
Yang menariknya tentang La Herballe Medi & Spa Penang menggunakan program cashback untuk setiap pelanggan yang menggunakan perkhidmatan di sana. Setiap pelanggan akan mendaftar dan diberi nombor ID masing-masing. Setiap kali pelanggan datang menggunakan perkhidmatan di La Herballe Medi & Spa, mata akan terkumpul berdasarkan jumlah wang yang dibelanjakan. Jadi pelanggan boleh tebus mata dengan menggunakan sistem cashback mengikut pengiraan yang diberikan. Mata yang ditebus boleh digunakan untuk membeli produk ataupon menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan di La Herballe Medi & Spa. Menarik bukan?

cashback program

Perkhidmatan di La Herballe Medi & Spa Penang

 
Di La Herballe Medi & Spa Penang menawarkan perkhidmatan seperti :-
Face
  • Whitening/Glowing/Sooting
  • Anti-Ageing
  • Wrinkle/Fine line removal
  • Face lift/Faceshaping/V-shape
  • Acne & Scar
  • Melasma/Pigmentation
  • Dark circle/Eye bag
  • Face hair removal
Body
  • Slimming
  • Body shaping/Body contour & lift
  • Body whitening/Glowing
  • Body hair removal
  • Body sauna(natural way)
  • Body spa(natural way)
 
Jom lihat produk kecantikkan yang terdapat di La Herballe Medi & Spa Penang.

Produk di La Herballe Medi & Spa

Produk-produk ini diperbuat dari bahan semulajadi dan semestinya HALAL. Contoh face/body wash ini. Ia diperbuat daripada epal hijau, teh hijau dan lavender.

produk di La Herballe Medi & Spa

Produk-produk ini didatangkan dalam pelbagai size untuk memudahkan pelanggan membeli dan mencuba produk yang ditawarkan dengan harga yang menarik.
 
Ini adalah bilik rawatan di La Herballe Medi & Spa Penang.
 
Slimming room
Facial room
Spa room
 
Terdapat consultation room bagi pelanggan yang mempunyai masalah pada kulit wajah untuk bertemu doktor.


 
 

Facial Treatment Saya di La Herballe Medi & Spa Penang

 
Baru-baru ini saya mencuba perkhidmatan facial treatment di La Herballe Medi & Spa Penang. Nak cari kelainan di sini moga-moga jumpa yang serasi untuk kulit wajah saya yang mempunyai masalah berminyak dan black head yang banyak di hidung.

saya berfacial

 
Ini bukan kali pertama saya buat facial treatment tapi saya memang sangat berpuashati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Staff di La Herballe Medi & Spa akan menerangkan satu persatu apa produk yang digunakan. Lagipon siapa tak suka bila menggunakan produk semulajadi di kulit wajah.
 
Saya paling suka sewaktu proses membuang white head dan black head. Saya memang mempunyai masalah black head yang banyak di hidung. Sewaktu proses ini dilakukan, saya tak rasa sakit yang teruk pon. Dan yang paling penting hidung dan wajah saya tak merah-merah macam bila selesai proses membuang white head dan black head.

Produk La Herballe Medi & Spa

 
Memang saya berpuashati dengan perkhidmatan yang ditawarkan di La Herballe Medi & Spa Penang. Korang pon boleh datang dan cuba. Tak rugi.
 
Bagi yang berminat untuk mengetahui tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh La Herballe Medi & Spa Penang boleh layari :-

 
Atau boleh datang sendiri ke :-
La-Herballe Medi & Spa
303-01-30, Krystal Point 1,
Jalan Sultan Azlan Shah,
Bayan Lepas Pulau Pinang
 
Di buka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 9 malam.

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. wahhh pasni bertambah cantik laa org sana ;-)

    ReplyDelete
  2. bestkan kat sini, rasa nanti nak p buat facial lagi di sini

    ReplyDelete
  3. macam memanggil manggil je suh wat treatment kat sini haha

    ReplyDelete
  4. bestnya.. macam nak pergi jugak la

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers