Hadiah Berharga Dari Hati Anda | Printcious.com

4:35 PM


Assalamualaikum. Bila nak dekat-dekat sambutan hari ulangtahun perkahwinan atau hari lahir suami dan anak saya terfikir-fikir juga apa hadiah yang nak dibelikan. Tak lama ja lagi. Bulan ni sambut ulangtahun perkahwinan dan hari lahir suami. Bulan Oktober hari lahir Aqil pula. Susah betul nak memilih hadiah orang lelaki ni. Dah tu harga dia pon boleh tahan juga.
 
Tetiba teringat nak reka sendiri hadiah macam cantik macam comel untuk mereka berdua. Apalah reaksi suami saya nanti ya?
 
Korang pernah jumpa tak laman web yang menjual pelbagai cenderamata yang cantik comel di pasaran. Mungkin ada tapi mungkin juga harganya agak mahal. Ha…kat sini saya nak perkenalkan kat korang satu laman web yang menjual cenderamata hasil D.I.Y kita sendiri yang cantik dan comel dengan harga yang murah iaitu Printcious.com. Yang paling penting korang boleh design sendiri cenderamata yang korang nak berikan pada yang tersayang….haaaa…gitu. Barulah bermakna dan nampak ikhlas dari hati.
 

Printcious.com


Printcious.com menyediakan perkhidmatan menjual barangan cenderamata serta pencetakan hadiah barangan peribadi seperti mug, bantal, key-chain, frame gambar dan bermacam-macam lagi. Dengan tagline Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart, ke semua barangan ini amat sesuai untuk pemberian hadiah pada yang tersayang ataupun rakan-rakan pada hari lahir, majlis perpisahan, kovokesyen atau untuk dekorasi di majlis hari jadi kelahiran anak. 





Korang boleh pilih nak D.I.Y apa saja untuk orang yang tersayang. Semua comel-comel. Rasa nak ja tempah semua barangan di Printcious.com. Nak buat koleksi peribadi pon boleh.






Cara nak tempah pun amatlah mudah semudah ABC. Korang cuma perlu Sign-up sebagai new member di Printcious.com ----> pilih barangan apa yang korang nak ---->upload gambar korang yang cantik sweet atau yang mempunyai memori daun pisang ----> edit/tambah tulisan/kata-kata yang romantik untuk pasangan korang ----> dah boleh place order dan buat bayaran.


Senangkan?


Sapa kata D.I.Y barang tu susah. Di Printcious.com semuanya jadi lebih mudah.


 

Saya dah jatuh hati dengan mini tee ni. Comelnya kalau D.I.Y untuk majlis hari jadi Aqil nanti. Mesti sweet ja kan?





Eh…korang kalau suka deco-deco rumah dengan benda-benda comel pon boleh cuba mendeco barang-barang di sini.

Rasa nak buat frame gambar ala puzzle gambar kami bertiga bercuti masa sambutan hari lahir saya baru-baru ni. Nampak sikit kelainan dari frame gambar biasa. Kita main puzzle nanti malam ulang tahun tu...hihihihi...

Untuk puzzle ni korang boleh pilih saiz nak besar ke kecil, melintang panjang, empat segi tepat tu terpulang pada kreativiti masing-masing. Korang tambah la caption kat gambar korang sekali. Kasi cair hati cik abang kat sebelah tu...ahak...


Murahkan puzzle yang saya nak buat ni.  Harap suami suka tengok gambar kami ada di dinding rumah masa sambutan ulang tahun perkahwinan minggu depan.

Yang best sekali PERCUMA KOS PENGHANTARAN seluruh Semenanjung Malaysia untuk setiap pembelian lebih dari RM70.

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari :-


You Might Also Like

1 apa kata anda?

  1. wahhh.. sweetnya...

    psssttt... terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #31.

    http://www.mialiana.com/2017/07/senarai-url-blog-31.html

    Keputusan pemenang akan diumumkan pada malam ini. Gud luck.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers