Cara Semak Permohonan Pra Sekolah Sesi 2018

12:00 PM

Assalamualaikum. Sana sini ibu-ibu yang mempunyai anak umur 5 dan 6 tahun sibuk bertanya tentang pra sekolah. Rupa-rupanya keputusan kemasukkan pra sekolah telah pun keluar.

Saya dah confirm tau Aqil tak berjaya sebab lupa submit borang ke sekolah yang di pohon selepas isi permohonan secara atas talian di https://eprasekolah.moe.gov.my . Boleh baca di entri ini daftar darjah satu atas talian. Sambil isi borang online pra sekolah 6 tahun dan darjah satu untuk anak sedara, sempat juga isi borang pra sekolah Aqil Najmi tapi saya lupa nak print dan submit borang.

Mana-mana yang pernah isi online permohonan pra sekolah 5 dan 6 tahun untuk sesi 2018 dah boleh check di website https://eprasekolah.moe.gov.my .

masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan sewaktu kita isi borang pra sekolah dahulu




klik semakan dan kemaskini permohonan sesi kemasukan 2018


Bila dah klik akan keluar nama anak kita untuk sesi 2018. Yang bawah ni keputusan untuk Aqil Najmi. Harap maklong paklong faham...tak Berjaya *___________*


Aqil Najmi tak berjaya *______________*


Kalau tak berjaya dan korang nak buat rayuan bolehlah klik pada mohon rayuan kat situ.


Yang bawah keputusan kemasukkan pra sekolah sesi 2018 anak sedara saya yang saya semak semalam. Alhamdulillah Izzara berjaya terpilih masuk ke sesi pra sekolah 6 tahun.



Tarikh mendaftar akan disertakan sekali jika berjaya


Korang kena cetak surat tawaran yang diberikan dan sila bawa sewaktu mendaftar untuk sesi pendaftaran. Macam kes anak sedara ni pendaftarannya esok 17 Ogos 2017. Tarikh pendaftaran untuk satu-satu sekolah tak sama ye. Kang korang tengok pendaftaran Izzara esok pakat-pakat ambil cuti nak pi mendaftar anak masuk pra sekolah plak...hihihi...


contoh surat tawaran



Kepada anak-anak yang berjaya masuk ke pra sekolah sesi 2018, tahniah untuk korang. Yang tak berjaya boleh buat rayuan kot-kot masih ada rezeki anak korang. Saya? Dah register sekolah Aqil Najmi sesi 2018 sesiap dah so tak buat rayuan pra sekolah dah kot.

Tak sabar nak daftar sekolah untuk darjah satu tahun depan....hahahaha.... Sindrom mak-mak...excited....gini la...

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. laaaa tak submit ke zai..takdak rezeki..nanti boleh masuk tuk 6 tahun plak

    ReplyDelete
  2. bagus kan bila dh leh semak online. so far anak-anak saya belum yg dihantar ke pra skolah. setakat ni semua g tadika

    ReplyDelete
  3. skarang ni smuanya d hujung jari, semak online pn boleh kan, btw ibu bapa ramai antar anak ke pra skolah, bkurang la murid ksygan sha huhu..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^