Ajal Dalam Buaian | Tips Keselamatan Sewaktu Bayi Tidur

4:42 PM

Assalamualaikum. Semalam kami dikejutkan dengan berita kematian anak seorang kawan dalam lab. Bukanlah kawan rapat tapi kawan-kawan sekerja dalam lab yang selalu saya guna.

Masa kami semua dapat berita ini melalui whatsapp seorang kawan, semua terkedu, sebak, ada yang menangis sampai tak boleh buat kerja. Allah.... Masa tu saya baru turun ke lab memang kebetulan juga dapat berita tu. Kawan cuba hubungi ibu si arwah untuk kepastian tapi tak dapat dihubungi. Semua berdebar-debar samada sahih ataupon tidak berita yang kami terima. Tapi seorang ibu takkan nak ada-adakan cerita tentang kematian anaknya. Ada yang berpakat nak pergi menziarah.

Bila lihat wajah anak kawan yang comel ni kami semua sebak. Allah cuma pinjamkan sementara waktu buat keluarga ini dan dia sudah kembali ke pencipta-Nya.

gambar dari Harian Metro Online
 

petikan dari Harian Metro Online

Kes kematian anak kawan ini menjadi tular di laman sosial semalam. Ada yang memberi kata-kata semangat dan nasihat, ada yang bersedih dan tak kurang pula ada yang mengecam. Memang manusia zaman media sosial ni suka mengecam sesuatu perkara tanpa memikirkan perasaan keluarga arwah agaknya ya.

Buat Melati dan keluarga semoga redha dan tabah dengan musibah yang terjadi. Harap Melati kuatkan semangat untuk hari-hari mendatang. Arwah baby Faris Dayyan Qhumainy sememangnya anak syurga. Abaikan kata-kata kecaman yang korang dapat dari orang yang tidak dikenali.

Punca kematian baby Dayyan adalah sesak nafas akibat muka tersemban di bantal. Allah. Inilah yang paling ditakuti ibu-ibu sewaktu jaga anak yang masih kecil. Saya sendiri pernah alami perasaan macam tu dulu bilamana melihat anak suka tidur gaya meniarap. Takutnya Allah saja yang tahu. Di bawah saya berikan beberapa tips keselamatan sewaktu bayi tidur.

Tips Keselamatan Sewaktu Bayi Tidur

1-Jika bayi anda tidur di dalam buaian :-
  • gunakan kain buaian seperti jaring
  •  jangan gunakan bantal
  • jangan gunakan selimut
  • jangan beri bayi anda susu ketika dalam buaian
2-Jika bayi anda tidur di atas tilam :-
  • gunakan tilam yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras yang boleh menenggelamkan muka bayi jika bayi anda baru pandai meniarap
  • pastikan selimut yang digunakan berada di bawah paras dada bayi anda
  • sentiasa awasi bayi anda ketika tidur kerana dikhuatiri bayi berpusing dan terjatuh dari katil
  • pastikan tiada kain, bantal atau permainan yang boleh menutup muka bayi anda
  • jika tidur bersama bayi anda, sentiasalah peka dengan keadaannya. Jangan tidur mati atau buas sehingga menghimpit bayi anda yang kecil itu.

You Might Also Like

5 apa kata anda?

  1. good tips. kesian baby comel tu kan. baru 3 hari pandai meniarap dah dipanggil Illahi. tiket untuk parents arwah ke syurga insyaaAllah

    ReplyDelete
  2. Ada terbaca berita pasal baby ni . Semoga ini pengajaran buat ibu bapa kat luar sana

    ReplyDelete
  3. Ada terbaca berita pasal baby ni . Semoga ini pengajaran buat ibu bapa kat luar sana

    ReplyDelete
  4. Comelnya baby Tu.. anak syurga..

    ReplyDelete
  5. Anak syurga..moga keluarga tabah dgn kehilangan ini

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^